web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 9:36PM

Tindakan penggantungan oleh UMNO itu satu permulaan baharu yang perlu ditempuhinya dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian selama enam tahun menyifatkan tindakan itu bukan pengakhiran kepada karier politik beliau.

Menurut Hishammuddin yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), tindakan penggantungan oleh Majlis Kerja Tertinggi (UMNO) itu merupakan satu permulaan baharu yang perlu ditempuhinya dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Mesyuarat MKT UMNO sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.

“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Ini bukanlah pengakhiran, tetapi hanya permulaan. Satu permulaan baharu,” katanya menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut memaklumkan akan berbincang dengan kepimpinan bahagian berkenaan bagi membincangkan hala tuju dan tindakan selanjutnya yang akan diambil beliau.

Terdahulu, UMNO Bahagian Sembrong akan menyatakan pendirian susulan penggantungan Hishammuddin selama enam tahun, pada sidang media yang dijadualkan petang esok.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata, sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong.

“Esok akan diadakan Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong. Selepas mesyuarat sekitar jam 5 petang, kami akan buat adakan sidang media.

“Bagaimanapun, Datuk Seri Hishammuddin tidak akan menghadiri mesyuarat esok kerana difahamkan berada di luar negara.

“Pendirian UMNO Bahagian Sembrong akan dibacakan bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Hafiz Ariffin,” katanya.

Selain, Hishammuddin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif; dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, turut digantung keahlian selama enam tahun.

Mantan Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar, pula dipecat keahliannya daripada UMNO oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sementara itu, sebaris ciapan Hishammuddin di Twitter hari ini, bagai memberi gambaran perasaannya susulan penggantungan enam tahun daripada parti.

“Their evil must not make us lose our good (kezaliman mereka tidak akan menghapuskan kebaikan kita),” katanya dalam ciapan menerusi akaun @HishamuddinH2O. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad