web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Patuh Prinsip, Dasar Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 1:27PM

Ahmad Fadhli mempersoalkan pelantikan anggota pentadbiran daripada mereka yang terpalit dengan kes pecah amanah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua kerja dan amalan dilakukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejak menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri mematuhi prinsip dan dasar kerajaan hari ini yang menitikberatkan integriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah diusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender oleh syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah kementeriannya.

“Beliau (Ahmad Zahid) telah menulis (bahawa beliau) patuh kepada arahan Perdana Menteri dan jemaah menteri, semua mesti mengikut proses tender.

“Ini kali pertama saya sebut (di Dewan Rakyat),” katanya pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pagi ini di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab persoalan diajukan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), sama ada pelantikan anggota pentadbiran di peringkat tertinggi daripada kalangan kes didakwa sebagai pecah amanah tidak menjejaskan agenda Madani yang diuar-uarkan kerajaan perpaduan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam soal Ahmad Zahid, tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman, malah perkara tersebut pernah disebut oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) sebelum ini.

“Hari ini umpamanya ada ahli Yang Berhormat didakwa, adakah perlu dia letak jawatan semua kedudukan dalam parti? Tentunya jawapannya tidak. Jadi begitu juga pendirian saya dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bahawa negara ini mesti tertegak atas prinsip ‘negara hukum’.

Anwar menambah, beliau tidak mahu menghukum sebelum melalui proses mahkamah yang telus seta bebas dan memberi jaminan, kepimpinannya tidak hasrat untuk mengganggu proses berkenaan.

“Saya hanya boleh beri jaminan ia (pelantikan Ahmad Zahid)  tidak menjejaskan prinsip dan dasar termasuk Madani yang saya cuba terapkan.

“Kalau saya nampak keras dalam soal rasuah, penyelewengan, pemunggahan kekayaan yang berlaku dan ada bukti, ini saya tidak mahu meminta maaf (apologetik), tiada hubungan personal (peribadi) walaupun saya tahu saya dikutuk oleh sebahagian kononnya (sengaja) mencari salah.

“Arahan saya termasuk pagi tadi mesyuarat bersama semua badan penguatkuasaan, saya kata ambil tindakan, saya tidak peduli dari parti mana, termasuk PKR sendiri.

“Saya tidak boleh menjamin parti saya 100 peratus bersih seperti orang sebelah sana bicara kami semua bersih, terbukti tidak benar,” katanya.

Beliau turut mengajak semua pihak bersamanya dalam usaha membanteras rasuah dan menegaskan bahawa konsep Malaysia Madani bukan sekadar slogan kosong.

“Saya hendak bawa dan ajar rakyat faham bahawa negara tidak boleh selamat tanpa nilai, tatasusila dan akhlak.

“Kita boleh maju dari segi ekonomi tetapi rosak daripada segi tatakelola yang juga melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sudah menjadi amalan,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad