web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul Dilantik Ahli MKT UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:06AM

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO malam tadi - Gambar Twitter Ahmad Maslan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya.

“Mesyuarat MKT UMNO malam ini (tadi) bermula dengan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO.

“Selamat berkhidmat demi agama, bangsa, tanah air agar rakyat Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama,” katanya.

Terdahulu, kelibat Tengku Zafrul tiba di Menara Dato' Onn di sini pada malam sama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat, mencetuskan tanda tanya.

Beliau yang juga Bendahari UMNO Selangor tiba pada jam 8.07 malam (semalam) dan terus ke ruangan mesyuarat.

Sementara itu, pada 1 Februari lalu, Tengku Zafrul mengesahkan hasratnya bertanding jawatan ahli MKT UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Menurut beliau, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan UMNO.

“Ya, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MKT UMNO untuk menyumbang khidmat kepada parti. Politik ini sifatnya dinamik dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara.

“UMNO sebuah parti yang berpengalaman dan barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik.

“Justeru, saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dengan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat berjalan dengan baik,” katanya.

UMNO secara rasminya memulakan persidangan peringkat cawangannya dengan tumpuan kepada agenda pemilihan parti yang bermula 31 Januari hingga 26 Februari, manakala bagi pemilihan kepimpinan peringkat UMNO bahagian dan MKT, akan berlangsung pada 18 Mac depan. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad