Berita Terkini

35 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 35 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 56 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 57 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 57 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Keluar WARISAN Sebab 'Dibeli', ADUN Kunak Tidak Gentar Disiasat SPRM

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 8:27PM

Terdahulu, Norazlinah (tengah) bersama Mohammad Mohamarin dan Chong Chen Bin mengumumkan keluar dari WARISAN dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Hajiji. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan tindakannya meninggalkan Parti Warisan (WARISAN), baru-baru ini.

Norazlinah mendedahkan, beliau tidak gentar disiasat oleh agensi kerajaan itu demi 'mematikan' dakwaan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie sebelum ini mendakwa, Norazlinah dan dua lagi ADUN yang meninggalkan WARISAN 'dibeli' bagi menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Norazlinah, beliau bersikap terbuka dan amat mengalu-alukan siasatan daripada SPRM sekiranya Mohd Shafie mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. 

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM sekiranya Mohd Shafie ada bukti kukuh. Saya beberapa kali menafikan sebelum ini kerana saya difitnah, dan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

"Saya keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. Jika ada bukti, minta dilaporkan secara rasmi kepada SPRM,” katanya hari ini. 

Semalam, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna, ketika berbahas pada persidangan Dewan Rakyat mendakwa, ADUN WARISAN 'dibeli' oleh Hajiji hingga menyebabkan ADUN parti itu kini hanya tinggal 16 orang.

Berikutan itu, Mohd Shafie turut mendesak agar undang-undang anti lompat parti diwujudkan segera di Sabah bagi mengatasi tindakan melompat parti yang sering berlaku di negeri itu.

Mengulas lanjut, Norazlinah berkata, tindakan WARISAN yang enggan menyatakan sokongan seperti dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga berlakunya pergolakan politik amat dikesali.

"Apa yang dilakukan WARISAN di Sabah sejak kebelakangan ini, termasuk cubaan mengambil alih kerajaan negeri melalui insiden yang disebut Langkah Kinabalu pada awal bulan lalu amat tidak sihat untuk Sabah," katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar polemik politik yang berlaku berakhir dengan segera demi pembangunan dan kebajikan rakyat negeri berkenaan.

"Semua ADUN perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

"Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci. Jangan heret ADUN serta parti ke kancah perebutan kuasa," katanya. 

Sebelum ini, Norazlinah bersama ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin dan ADUN Tanjung Kapor, Chong Chen Bin mengumumkan pengunduran dari WARISAN dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Hajiji yang kembali menerajui kerajaan negeri 6 Februari lalu.

Ketiga-tiga mereka menyatakan mengambil keputusan itu dengan harapan dapat meneruskan khidmat yang baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Selepas Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) pada September 2020 sehingga ke hari ini, WARISAN kehilangan sembilan ADUN bermula dengan Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin).

Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan) dan terbaru Mohammad, Norazlinah dan Chen Bin. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Korupsi Dalam Kalangan Anggota Penguat Kuasa Semakin Kronik, Membimbangkan - SPRM

4

Politik 2 minggu yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ahmad Zahid Harap Pelantikan Ab Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

Semasa 1 hari yang lalu

58 Kes, 18 Kematian Akibat Keracunan Ikan Buntal

oleh Susan Albert

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Arah Syarikat Telco Larang Pautan URL Dalam SMS, Elak ‘Scam’ - Teo Nie Ching

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Kekal Hubungan Mesra Dengan China, Namun Tentukan Keputusan Sendiri - Anwar

oleh Khaw Chia Hui