web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Saya Diputar Belit - Ramasamy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 8:23PM

Dr P Ramasamy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mendakwa hantarannya di Facebook yang mencadangkan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara, diputar belit beberapa penerbitan.

Dakwanya, cadangan itu sekadar pandangan peribadi beliau atas dasar semangat untuk menyaksikan perubahan yang lebih bermakna kepada amalan tadbir urus.

Jelasnya, cadangan itu juga tidak menggambarkan kedudukan parti atau pemimpinnya.

“Perkara yang menggesa perubahan kepada amalan tadbir urus, tidak sama dengan ‘memecahkan monopoli orang Melayu’.

“Tetapi malangnya, ahli politik beberapa parti komponen Pakatan Harapan (PH), cuba mentafsir semula berita terpakai di media untuk memberikan sifat perkauman kepada hujah saya berkenaan reformasi dalam perkhidmatan awam.

“Inilah yang berlaku apabila kebenaran diputar-belitkan dengan konteks kutukan perkauman dan ekstremisme agama,” katanya menerusi laporan media yang turut dikongsikan beliau di Facebook.

Ramasamy berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa ahli politik yang menggesa beliau dipecat, selepas didakwa mencetuskan kenyataan kontroversi apabila mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan monopoli orang Melayu dalam sektor awam.

Sebelum ini, Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dilaporkan berkata, kerajaan perpaduan di bawah kepemimpinan Anwar, digesa melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam, supaya ia tidak lagi didominasi satu kaum tertentu.

Katanya, perdebatan bahawa penyertaan ramai orang Melayu dalam sektor awam bagi mengimbangi dominasi kaum Cina dalam ekonomi, seperti dinyatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak lagi boleh diguna pakai.

Memberi responnya semalam terhadap kenyataan Ramasamy itu, Anwar berkata, kerajaan perpaduan tidak melihat isu dominasi kaum Melayu dalam sektor perkhidmatan awam sebagai masalah ketika ini.

Justeru, beliau berkata, kerajaan tidak akan mempertimbangkan gesaan Ramasamy itu.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi reaksinya kepada media berhubung cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu menyifatkannya sebagai ‘bermulut celupar’ dan sememangnya terkenal dengan sikap berkenaan.

Tegasnya, cadangan Ramasamy tidak perlu dilayan, malah beliau yakin pimpinan tertinggi DAP akan menguruskan perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas isu terbabit, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti itu akan menggunakan saluran dalamannya bagi menangani gesaan dan kecaman pelbagai pihak yang mahu tindakan dikenakan terhadap Ramasamy.

Ahli Parlimen Seremban tersebut menegaskan, sememangnya tidak wajar seorang pemimpin mengeluarkan kenyataan seperti dilakukan Ramasamy kerana ia hanya menimbulkan masalah.

“DAP ada cara menguruskan hal dalaman kita. Jadi apa saja pandangan daripada rakan (parti dalam kerajaan) saya ucap terima kasih. Kami akan menangani sebarang isu menggunakan saluran DAP dan dengan pendekatan kami sendiri.

“Jadi, saya mahu memberikan peringatan ini supaya pemimpin DAP di semua peringkat tidak perlu menimbulkan apa-apa lagi polemik dalam masyarakat.

“Pemimpin parti itu wajar cepat mengubah cara fikir mereka, iaitu sebagai pemimpin dalam kerajaan bukan lagi bertindak seperti pembangkang,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ramasamy Akan Saman 2 Portal Berita, ‘Kenyataan Asal Saya Diputar Belit’

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ramasamy Lupa Dirinya Beban Kepada DAP - Puad

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Universal Music Malaysia Dominasi 12 Kategori Daripada 21 Kategori Keseluruhan AIM23 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad