web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramasamy Akan Saman 2 Portal Berita, ‘Kenyataan Asal Saya Diputar Belit’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 8:35PM

Dr P Ramasamy - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy akan menyaman dua portal berita kerana didakwa mengelirukan kenyataan asalnya berhubung cadangan reformasi sektor awam.

Menurutnya, beliau sudah menyemak laporan media berkaitan isu itu dan mendapati dua portal berita didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Pemimpin DAP itu mendakwa, portal berita berkenaan melaporkan beliau meminta ‘dominasi orang Melayu dalam sektor awam perlu dipecahkan.’

Katanya, akibat daripada laporan itu, beliau diserang beberapa pemimpin politik.

“Kenyataan asal saya (di Facebook) adalah komen saya berdasarkan pandangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, berkaitan reformasi perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun, kenyataan itu dijadikan isu apabila ia diputarbelitkan oleh dua portal berita berkenaan. Saya dapati semua komen terhadap saya adalah berdasarkan laporan berita tersebut dan bukan kenyataan asal saya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Ramasamy, beliau menghormati prinsip kebebasan bersuara dan media tetapi media harus bertanggungjawab dalam laporan mereka.

“Memutarbelitkan kenyataan saya untuk menampakkan isu perkauman adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mulakan tindakan undang-undang terhadap dua portal media berkenaan,” katanya.

Ahad lalu, Ramasamy mendakwa hantarannya di Facebook yang mencadangkan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara, diputar belit beberapa penerbitan.

Dakwanya, cadangan itu sekadar pandangan peribadi beliau atas dasar semangat untuk menyaksikan perubahan yang lebih bermakna kepada amalan tadbir urus.

Jelasnya, cadangan itu juga tidak menggambarkan kedudukan parti atau pemimpinnya.

Tetapi malangnya beliau berkata, ahli politik beberapa parti komponen Pakatan Harapan (PH), cuba mentafsir semula ‘berita terpakai’ dari media berkenaan dan mengaitkannya dengan isu perkauman. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar