web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramasamy Lupa Dirinya Beban Kepada DAP - Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 1:57PM

Dr. P. Ramasamy dan Dr. Mohd Puad Zarkashi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengecam kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai beban kepada parti itu dan juga Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, Ramasamy mungkin terlupa dirinya juga beban kepada DAP.

“Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin (pada 2019),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Ramasamy berkata, Zahid dilihat seperti duri dalam daging buat UMNO, PH dan kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selagi beliau kekal menerajui parti itu.

“Keputusan terkini PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO mungkin mendapat sokongan sebulat suara, namun ada juga suara yang mahukan ia dipertandingkan.

“Zahid mungkin dilihat terselamat buat sementara waktu, namun beliau kelihatan sebagai 'Albatross' (masalah berterusan yang menjadi penghalang) yang melingkari UMNO dan juga PH serta kerajaan perpaduan," katanya.

Sabtu lalu, PAU meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan di sebalik pelbagai kemelut yang berlaku termasuk desakan kepada usaha pembaharuan dan rejuvenasi dalam parti, selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah, Ramasamy percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Ahmad Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.  

Sementara itu, kenyataan Ramasamy turut diselar seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Razlan Rafii yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, imej Zahid yang dilihat ketika ini adalah ‘ciptaan’ dan ia perlu diperbetulkan.

“Sebenarnya apa pun imej terdapat hari ini adalah ciptaan kerajaan atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan diteruskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi imej sebegini perlu dibetulkan dan sepatutnya penganiayaan politik perlu dikaji agar tiada lagi orang teraniaya,” katanya.

Pada masa sama, Razlan turut menggesa Ramasamy supaya menjaga partinya sendiri dan berhenti membawa sikap ‘orang tua’ lama dalam DAP kerana rakyat hari ini ingin melihat pembaharuan. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad