web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 ADUN WARISAN Umum Keluar Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 8:45AM

Chen Bin (kanan), Norazlina (tengah) dan Mohammad (kiri) berkata mereka kekal sebagai ADUN Bebas dan menyokong Kerajaan Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) daripada Parti Warisan (WARISAN) iaitu ADUN Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi), dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti semalam.

Norazlinah juga merupakan Ketua Wanita WARISAN, manakala Mohammad dan Chong masing-masing adalah Ahli Majlis Tertinggi parti itu dalam kenyataan bersama hari ini berkata mereka kekal sebagai ADUN Bebas dan menyokong Kerajaan Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mereka menjelaskan tindakan itu dilakukan setelah memperhalusi dan mempertimbangkan pelbagai aspek dari segenap sudut termasuklah hala tuju gabungan parti di Sabah dan pandangan akar umbi di kawasan yang mereka wakili.

“Kami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri (Hajiji) dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga ADUN berkenaan juga mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.

Tindakan tiga ADUN itu menyebabkan Warisan kini mempunyai 16 ADUN di Sabah, serta satu di Selangor manakala Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji pada masa ini mendapat sokongan majoriti 47 ADUN.

Tiga ADUN berkenaan juga berharap tindakan itu dapat membantu mereka meneruskan khidmat lebih baik kepada masyarakat yang diwakili.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan seperjuangan dan penyokong parti.

“Kami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan Sabah serta Malaysia amnya,” menurut kenyataan itu.

Bernama sudah cuba menghubungi ketiga-tiga ADUN itu untuk mendapatkan komen lanjut, namun tidak berjaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

4

Politik 3 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad