web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasni Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 4:06PM

Hasni Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga, sekali gus memantapkan lagi parti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan diadakan tidak lama lagi.

Hasrat Hasni yang juga mantan Pengerusi UMNO Johor itu, diumumkan selepas menghadiri Mesyurat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor di Johor Bahru, hari ini.

Beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga, sekali gus memantapkan lagi parti.

“Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini kerana itu sahaja jawatan (tertinggi) yang dibenarkan ditandingi.

“Saya percaya ramai tokoh lain, termasuk penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan pertahan dan bertanding jawatan itu.

“Atas semangat untuk terus menyumbang bakti kepada parti pada semua peringkat, maka saya tawarkan diri untuk bertanding,” katanya seperti dilaporkan BH.

Januari lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan digantikan Mohamed Khaled.

Penggugurannya diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada mesyuarat bulanan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Mohamed Khaled dilaporkan mengesahkan akan mempertahan jawatannya pada Pemilihan UMNO kali ini, manakala dua lagi penyandang iaitu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid masih belum membuat keputusan.

Bagaimanapun, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, masing-masing disandang Ahmad Zahid serta Datuk Seri Mohamad Hasan, tidak dipertandingkan selepas mendapat ‘restu’ pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) baru-baru ini. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 13 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad