Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Contohi Tun M, Khairy Perlu Rasional Bila Bertindak - Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 7:00AM

Khairy seharusnya mengambil pendekatan lebih matang dengan membuat keputusan rasional tanpa berlandaskan emosi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu mencontohi pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang setia bersama parti walaupun dipecat.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, Dr Mahathir kekal tidak menyertai mana-mana parti politik sehingga diterima semula menyertai UMNO pada 1972.

Menurut beliau, Khairy seharusnya mengambil pendekatan lebih matang dengan membuat keputusan rasional tanpa berlandaskan emosi.

“Khairy perlu mengambil iktibar daripada kisah Dr Mahathir yang dipecat pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dahulu. Beliau tidak menyertai parti lain, malah tidak membuat rayuan (segera) dan bersabar sehingga diterima semula dalam UMNO.

“Pada usia seperti Khairy, beliau kena bersabar bagi jangka masa panjang. Nak sertai parti lain pun itu pilihannya namun saya berpandangan, sekiranya beliau berjiwa besar mahu betulkan UMNO, kena bersabar kerana ini bukanlah waktu sesuai untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Mahathir pernah dipecat oleh UMNO pada 1969 selepas menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

Putera Sultan Kedah tersebut dikritik kerana pendekatan ekonomi berkonsep laissez faire yang diamalkan, didakwa mengetepikan kaum Melayu daripada hasil pembangunan disebabkan dominasi masyarakat Cina.

Dr Jamaie berkata, Dr Mahathir selepas dipecat memilih untuk terus berkhidmat sebagai doktor dan mencurahkan buah fikiran, khususnya mengenai nasib orang Melayu yang diterjemahkan sebagai naskhah popular dikenali sebagai The Malay Dilemma.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Aura dan bakat kepemimpinan Khairy sudah terbukti, malah beliau muncul sebagai antara figura menteri Kabinet yang amat disayangi rakyat.

“Tak hairanlah UMNO menjadi sasaran kemarahan sebaik sahaja berita pemecatan mantan Menteri Kesihatan itu dihebahkan kepada umum,” katanya.

Mengulas mengenai pemecatan Tan Sri Noh Omar, Jamaie berkata adalah tidak relevan untuk veteran UMNO itu menubuhkan parti baharu jika ia hanya untuk membalas dendam.

“Untuk Noh tubuhkan parti baharu itu sudah tidak relevan berikutan usianya sudah menjangkau lebih 60 tahun. Kemungkinan untuk sertai parti lain itu  bagaimanapun mungkin ada sebab beliau tidak berpuas hati dengan apa dilakukan oleh kepimpinan UMNO,” katanya.

Selain memecat Khairy dan Noh, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jumaat lalu turut mengumumkan penggantungan selama enam tahun ke atas Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Turut berdepan tindakan sama ialah bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Jempol, Datuk Seri Salim Shariff.

MKT UMNO juga menggugurkan Datuk Seri Hasni Mohamad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, yang digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mengulas lanjut, Jamaie berkata, pemecatan dan penggantungan itu adalah sah dari sisi perlembagaan parti.

“Kisah pemecatan dan penggantungan ahli bukan perkara aneh kerana ia sudah berlaku sejak era Tunku Abdul Rahman sehingga mereka mencari parti lain, atau menubuhkan parti baharu untuk melawan UMNO.

“Kalau tidak berpuas hati, mereka boleh buat rayuan kerana kes pemecatan ini tidak boleh dibawa ke mahkamah. Sekiranya sudah (merayu) namun tiada jalan lain (tidak ditarik balik hukuman), kena sertai parti lain atau tubuhkan parti baharu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, penggantungan keahlian selama enam tahun itu adalah tindakan tidak logik yang mampu memberi implikasi besar kepada UMNO.

Menurut beliau, tindakan itu akan menyebabkan UMNO akan kehilangan sokongan ahli akar umbi, malah mungkin berdepan penolakan besar-besaran oleh rakyat sekiranya pilihan raya dilaksanakan.

“Keputusan tidak munasabah dan masuk akal (apabila) kena gantung terlalu lama sehingga enam tahun. Kalau setakat setahun begitu saya rasa ahli boleh lagi terima.

“Saya berpandangan mereka ini tidak akan tunggu dan pemimpin kanan yang berkaliber itu akan menyertai parti lain atau menubuhkan yang baharu.

“Tindakan itu harus rasional. Perlu ada langkah awal seperti diberi amaran terlebih dahulu tetapi yang berlaku adalah sebaliknya sehingga ada rakyat dan akar umbi parti sendiri tidak boleh menerima keputusan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, untuk menjernihkan keadaan, Hussain berkata, UMNO perlu menjelaskan kepada orang ramai apakah kesalahan yang dilakukan sehingga terlalu ramai ahli serta pemimpin tertinggi parti itu dipecat dan digantung.

“UMNO perlu beritahu rakyat sebab apa mereka itu dipecat dan digantung, apakah kesalahan mereka sehingga dibuat begitu sebab setakat ini, apa yang dilakukan UMNO adalah tanpa penjelasan munasabah.

“Ia tindakan yang tidak demokratik kerana dipecat begitu sahaja sehingga menyebabkan rakyat tertanya-tanya,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kenyataan Tun M Cuba Nyalakan Kebencian Antara Kaum - Aaron Ago

4

Politik 3 bulan yang lalu

PM Enggan Layan Isu Langkah Dubai, Nasihat Tun M Jaga Kesihatan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 10 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat