web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemecatan, Penggantungan Pemimpin Jalan Terbaik Stabilkan Semula UMNO Hadapi 6 PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta penggantungan keahlian empat pemimpin kanan UMNO selama enam tahun, disifatkan sebagai jalan terbaik untuk menstabilkan semula parti itu menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, jika kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh pemimpin dan ahli UMNO terus dibiarkan, tindakan itu akan menjadikan parti lebih lemah.

Menurutnya, situasi itu jelas dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu apabila ada pemimpin UMNO yang dipecat atau digantung keahliannya berkempen untuk pembangkang dan menyerang Presiden sebagai bahan kempen mereka.

“Jadi bagi saya (keputusan) pemecatan dan penggantungan itu secara positif akan menstabilkan UMNO. Tan Sri Noh dan Khairy secara terang-terangan membelakangkan UMNO dan mereka terus menyerang presiden selepas PRU-15.

“Memang tak ada cara lain (pecat) kerana UMNO perlu mententeramkan keadaan di dalam parti. Penting setelah apa yang berlaku, (UMNO) pamer lebih stabil dan kuat. Ia penting untuk menghadapi enam PRN kerana pengundi memilih parti yang kuat,” katanya kepada Getaran.

Pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta penggantungan keahlian empat pemimpin kanan UMNO selama enam tahun, disifatkan sebagai jalan terbaik untuk menstabilkan semula parti itu menjelang enam Pilihan Raya Negeri - Gambar Fail
Pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta penggantungan keahlian empat pemimpin kanan UMNO selama enam tahun, disifatkan sebagai jalan terbaik untuk menstabilkan semula parti itu menjelang enam Pilihan Raya Negeri - Gambar Fail

Jelas Azmi, tindakan tegas itu juga sebagai isyarat kepada pemimpin dan ahli UMNO lain agar tidak mengkritik presiden secara terbuka dan membelakangi parti.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu mungkin akan memberi sedikit kesan kepada penyokong pemimpin yang dipecat dan digantung di peringkat akar umbi serta masyarakat sekeliling.

“Apa persepsi mereka? Bagi saya Tan Sri Noh ada ramai pengikut tapi tidak bagi Khairy dan beberapa pemimpin yang digantung. Jadi tidak ramai ahli akar umbi akan keluar UMNO kerana mereka melihat parti itu masih lagi utuh.

“Cuma paling kritikal pandangan orang luar terhadap UMNO. Jika UMNO lemah mereka akan menyokong parti lain. Jika kuat, presiden mempunyai kawalan, maka mereka akan kekal menyokong UMNO sebagai parti politik yang boleh mempertahankan bangsa melayu dan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, pemecatan Khairy dan Noh adalah tindakan disiplin biasa diamalkan dalam parti.

Beliau berkata, tindakan disiplin seperti itu juga pernah diambil beberapa parti lain terhadap pemimpin mereka yang bertindak melampau.

“Dalam disiplin parti, ia perkara biasa. Dulu dalam PAS, Datuk Husam Musa dipecat kerana lantang menyerang parti dan presiden. Begitu juga pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin daripada PKR.

“Tindakan itu dilakukan untuk memastikan pembersihan dalaman parti politik mereka. Jadi hari ini, UMNO juga melakukan perkara sama agar tiada musuh dalam selimut terus kekal dalam parti,” katanya.

Bagi penganalisis politik, Tan Sri Noh ada ramai pengikut tapi tidak bagi Khairy dan beberapa pemimpin yang digantung. Jadi tidak ramai ahli akar umbi akan keluar UMNO kerana mereka melihat parti itu masih lagi utuh
Bagi penganalisis politik, Tan Sri Noh ada ramai pengikut tapi tidak bagi Khairy dan beberapa pemimpin yang digantung. Jadi tidak ramai ahli akar umbi akan keluar UMNO kerana mereka melihat parti itu masih lagi utuh

Awang Azman berkata, tindakan itu juga dilakukan agar tiada tindak-tanduk merugikan parti termasuk mensabotaj, menjadi broker kepada parti lain dan membelakangi keputusan.

“UMNO akan menjadi lebih bersih daripada musuh dalaman parti sendiri yang ingkar kepada parti. Malah pemilihan parti juga bebas daripada pihak yang cenderung bersekutu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN).

“Malah Zahid dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) perlu lebih berkuasa bersesuaian dengan Perlembagaan parti. Ini kerana sebelum ini kluster bukan hieraki parti yang mengawal kerajaan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berpandangan, tindakan rakus Ahmad Zahid memecat Khairy dan Noh serta menggantung empat yang lain hanya akan ‘meruntuhkan’ UMNO.

Tegasnya, Presiden UMNO itu berbuat demikian kerana mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk membina semula UMNO yang baharu.

“Inilah rancangan pembersihan parti yang pada hemah beliau membuang duri dalam daging demi menyatukan UMNO dan PKR dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai pemimpin baharu.

“Tapi jika Zahid ada perancangan lain untuk UMNO bangkit semula dengan kepimpinan dan gabungan baharu, beliau harus berani mengambil risiko dengan membuat keputusan tersebut. Tapi ia hanya akan merugikan parti untuk jangka masa panjang,” katanya.

Namun, ada juga penganalisis politik berpendapat, tindakan rakus Ahmad Zahid memecat Khairy dan Noh serta menggantung empat yang lain hanya akan ‘meruntuhkan’ UMNO - Gambar Fail
Namun, ada juga penganalisis politik berpendapat, tindakan rakus Ahmad Zahid memecat Khairy dan Noh serta menggantung empat yang lain hanya akan ‘meruntuhkan’ UMNO - Gambar Fail

Kelmarin, MKT UMNO memutuskan memecat Khairy dan Noh, serta menggantung keahlian beberapa pemimpin dan ahli parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh, yang juga mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, dipecat kerana pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan parti itu akibat kesalahan ketika PRU-15.

UMNO juga menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selama enam tahun.

Turut digantung keahlian enam tahun adalah Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad