web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maulizan Dakwa Tak Diberi Peluang Bela Diri, Saya Reda

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 3:55PM

Maulizan Bujang - Gambar Media Massa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang mendedahkan beliau tidak dipanggil Lembaga Disiplin atau diberi peluang untuk membela diri selepas digantung keahlian selama enam tahun oleh parti, malam tadi.

Beliau bagaimanapun reda dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) walaupun amat menyayangi UMNO yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

“Selama 42 tahun saya menjadi ahli dan saya bermula dari peringkat cawangan dan bergiat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Mungkin silap saya kerana kadang kala tidak sehaluan dengan Presiden.

“Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya doakan suatu masa nanti UMNO akan dapat pulih semula dengan pemimpin dan kepimpinan yang diterima bukan sahaja oleh ahli parti tetapi diterima oleh pengundi dan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram berkenaan turut meminta maaf kepada semua pihak, sama ada dalam atau di luar parti jika terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang khidmatnya sebagai pemimpin.

“Semoga UMNO dapat kembalikan semula roh perjuangan yang berlandaskan asas penubuhan parti iaitu untuk menjaga agama, membela bangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan memajukan negara berbilang kaum yang tercinta ini,” katanya.

Maulizan ialah antara empat pemimpin yang digantung keahlian daripada UMNO selain Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi turut memutuskan memecat mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT, Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pontian yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad digugur daripada jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Susulan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi dilantik menggantikan tempat Hasni yang juga ADUN Benut.

Mohamed Khaled ketika ditemui media selepas mesyuarat itu berkata, keputusan berkenaan terpaksa dilakukan walaupun pahit untuk ditelan.

Malah katanya, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad