web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Milik Semua Ahli, KJ Balas Kenyataan Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 5:54PM

Khairy Jamaluddin yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO menegaskan, UMNO adalah milik ahlinya dan mereka berhak mendapatkan penjelasan dengan RoS - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin memulang paku buah keras kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji dua ahli parti yang memfailkan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ia adalah susulan kepada keputusan pari itu untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. 

Khairy yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO menegaskan, UMNO adalah milik ahlinya dan mereka berhak mendapatkan penjelasan dengan RoS.

"Adakah UMNO hanya milik pemimpin tertinggi? UMNO milik semua ahlinya. Mana-mana ahli boleh meminta penjelasan RoS.

“Kita mesti menghormati mana-mana ahli UMNO yang mahukan penjelasan memandangkan usul Rembau tersebut sangat kontroversi dengan ramai pakar undang-undang mempersoalkan kesahihannya.

"Saya menyokong mana-mana ahli UMNO yang ingin menjelaskan kesahihan usul Rembau,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times hari ini.

Sementara itu dalam hantaran menerusi Instastory, mantan Menteri Kesihatan tersebut menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang akan memilih untuk 'bersembunyi' di belakang proksi atau 'mengetepikan' (bulldozed) usul.

"Saya melawan pertempuran saya sendiri, Baru betul 'ready to fight' (bersedia untuk lawan)," katanya.

Hari ini, Mohd Puad dilaporkan sebagai berkata, Khairy seharusnya bertindak sendiri dengan membuat aduan ke RoS berbanding mengharapkan pihak ketiga untuk berbuat demikian.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menjelaskan, senario tersebut menampakkan seolah-olah mantan Ahli Parlimen Rembau itu hanya berani bersuara di belakang tabir.

Menurut beliau, tindakan mempergunakan orang bawahan itu  dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Sebelum ini, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan dibawa pada PAU 2022, Sabtu lalu.

Khairy telah memuji tindakan dua ahli UMNO tersebut dan menyifatkan keduanya sebagai berani dan waras. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad