web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MA63: Perjanjian Harus Dipegang, Mesti Ditunaikan - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00AM

Anwar berucap di majlis makan malam negeri yang dianjurkan kerajaan Sarawak malam tadi. - Gambar daripada Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Persekutuan berpendirian setiap perjanjian yang dimeterai bersama Sabah dan Sarawak termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus ditepati serta ditunaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata selaku pemimpin nombor satu negara ketika ini, beliau bertanggungjawab memastikan perkara itu diteruskan dan mengakui sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak itu termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu cuba selesaikan (isu MA63) secara bersungguh-sungguh dan bukan sekadar menjanjikan slogan politik untuk dapat sokongan daripada Sarawak atau GPS (Gabungan Parti Sarawak).

“Apabila kita lihat keadaan pembangunan di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan pedalaman, saya tidak boleh nafikan ada tugas yang belum kita sempurnakan dengan baik,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan negeri di sini malam tadi.

Beliau juga berkata Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan dan semangat perpaduan tidak akan dapat diperoleh sekiranya ada perasaan rakyat yang tergores.

“Tugas pemimpin itu merawat dan bukan untuk menambah luka, sebab itu saya lihat usaha ini sebagai menunaikan satu tanggungjawab.

“Saya terasa ketika mendengar keluhan Sarawak dan Sabah atau golongan minoriti yang merasakan mereka tidak berada dalam arus perdana pembangunan negara. Ini tidak wajar, maka harus kita rawat (situasi ini),” katanya.

Perdana Menteri hari ini memulakan lawatan kerja sulungnya ke Sarawak selama dua hari sejak dilantik ke jawatan itu pada November lepas.

Hari ini Anwar dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang akan turut disertai Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad