Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gerakan Teliti Kerjasama Dalam PN?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 1:50PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Ahli GERAKAN digesa memberi hujah meyakinkan kepada barisan kepemimpinan berhubung keperluan untuk parti tersebut meninggalkan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi GERAKAN Kelantan, Ong Khang Woon berkata, beliau tahu siapa di sebalik cadangan meninggalkan gabungan pembangkang itu, namun mengesahkan, niat kumpulan tersebut meskipun baik tetapi GERAKAN perlu berhati-hati dalam membuat keputusan.

Katanya, terdapat kebimbangan GERAKAN akan terperangkap jika terus bersama PN yang didominasi oleh PAS dan BERSATU, malah parti itu berkemungkinan akan terus kehilangan kerusi di Pulau Pinang yang merupakan kubu kuat mereka suatu masa dulu.

Bagaimanapun, GERAKAN masih perlukan undi Melayu untuk berpeluang menang memandangkan undi bukan Melayu cenderung memihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang kini membentuk kerajaan perpaduan.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa bahagian GERAKAN Pulau Pinang memberi gambaran bahawa mereka lebih cenderung untuk parti bertanding secara solo dalam enam pilihan raya negeri (PRN), selepas mendapati PAS dan BERSATU terlalu agresif menyuarakan agenda orang Melayu sehingga mengguris GERAKAN.

“Kami tidak mahu pisang berbuah dia kali pada pilihan raya ini.

“Gerakan ditolak selepas dilihat terlalu tunduk kepada UMNO pada pilihan raya 2008.

“Perkara sama mungkin dilihat tahun ini ketika PAS dan BERSATU mendominasi dan mencetuskan kemarahan terhadap bukan Melayu dengan beberapa tuntutan,” katanya.

PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan diadakan pada bila-bila masa bermula Mac hingga Jun tahun ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberi gambaran bahawa PRN negeri mungkin diadakan pada Jun ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang itu berkata, keputusan perlu dibuat berhubung perkara tersebut supaya pihaknya boleh bersedia sepenuhnya.

Sementara itu, veteran GERAKAN Pulau Pinang, Wong Mun Hoe berkata, komuniti masyarakat Cina di Pulau Pinang perlu bersedia untuk menerima Ketua Menteri daripada orang Melayu dalam dua ke tiga pilihan raya daripada sekarang.

Menurutnya, untuk kekal relevan, GERAKAN perlu menerima realiti politik baharu.

Wong berkata, GERAKAN perlu bermuhasabah supaya lebih baik kalah berlawan namun menang dalam peperangan di kemudian hari.

Katanya, beliau sudah memberi maklum balasnya kepada Presiden parti, Datuk Seri Dominic Lau dengan mengatakan bahawa Gerakan mungkin akan berada di pihak yang kalah.

Beliau berkata, parti juga perlu fokus terhadap Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) yang akan berlangsung dalam lima tahun lagi dengan mensasarkan melakukan ‘comeback’.

“Dengan DAP yang semakin leka disebabkan terlalu lama ‘bertapak’ di Pulau Pinang, pilihan raya seterusnya ini adalah masa untuk GERAKAN bangkit,” katanya.

Khang Woon berkata, isu agama dan kaum di Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, hampir kesemua parti cuba untuk memainkan sentimen sama untuk mendapatkan ‘mileage politic’.

“Kita perlu teruskan usaha, itu saja cara untuk bergerak ke hadapan dalam negara bermasyarakat majmuk. Lagi pun, kebanyakan negara menerimanya,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

3

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong PN Hanya Spekulasi - Fahmi

4

Politik 5 bulan yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 6 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah