web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Tak Pandang Rendah Keyakinan PAS Selangor, ‘PRN Bukan Jalan Mudah’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 3:25PM

PKR yakin, PN khususnya PAS akan sedaya upaya memainkan sentimen agama dan bangsa demi menarik sokongan rakyat. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bukanlah medan 'peperangan' dan jalan mudah buat Pakatan Harapan (PH) kerana Perikatan Nasional (PN) akan sedaya upaya  menyemai kebencian rakyat terhadap gabungan itu.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, pihaknya yakin PN, khususnya PAS akan sedaya upaya memainkan sentimen agama dan bangsa demi menarik sokongan rakyat. 

“Kami tahu PN terutama parti yang “paling sempurna” PAS akan cuba sedaya upaya menanam benih kebencian rakyat terhadap PH Selangor dengan memainkan isu agama, bangsa dan sebagainya.

“Mengenai kenyataan PAS Selangor kata PN ada keyakinan mampu ambil alih kerajaan Selangor, saya tidak akan pandang rendah kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa parti itu yakin PN mempunyai peluang baik untuk menawan Selangor daripada PH pada PRN tidak lama lagi.

Ahmad Yunus berkata, walaupun perkara itu cuba dinafikan pihak lawan, beberapa faktor serta perkembangan mutakhir politik semasa ternyata menyumbang ke arah keyakinan itu. 

Jelasnya, rakyat Selangor masih tidak dapat melihat sebarang bentuk penyelesaian yang memuaskan daripada kerajaan PH berhubung beberapa permasalahan besar di negeri ini.

Sehubungan itu, Wei Kiat berkata, PKR akan sentiasa berwaspada menghadapi PRN Selangor yang bakal berlangsung pada tahun ini dan percaya parti komponen PH juga mengambil pendekatan sama.

“Dalam Konvensyen Pilihan Raya PKR minggu lepas, Timbalan Presiden, Rafizi Ramli telah memberi peringatan kepada seluruh anggota dan jentera parti harus bekerja lebih keras menyantuni rakyat dan memperbaiki kelemahan kami,” katanya. 

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang itu juga yakin rakyat akan menilai prestasi kerajaan Selangor yang akan memberi manfaat kepada PH untuk mengekalkan kemenangan di negeri tersebut. 

Jelasnya, sepanjang tempoh PH mentadbir Selangor, kebajikan rakyat sentiasa dijaga, kritikan mahupun keluhan rakyat juga didengari kerajaan negeri serta cara pengurusan diperbaiki.

“Rakyat semakin cerdik dan menerima lebih banyak informasi boleh membuat perbandingan cara pentadbiran Selangor dengan cara PAS memimpin Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum membuat keputusan pada PRN.

“Apa yang lebih penting ialah kerjasama dan hubungan baik di antara negeri dan kerajaan Persekutuan akan memberi lebih keyakinan kepada rakyat Selangor,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad