web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU Rujuk Isu 4 Ahli Parlimen GRS Ke Mahkamah - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 2:00PM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam keputusannya berhubung isu kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Johari dipercayai terkhilaf dalam membuat tafsiran berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, BERSATU akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

“Saya percaya mahkamah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan (PH) adalah pihak yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau,Yang Dipertua Dewan Rakyat bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU.

Jelasnya, Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain.

“Fasal ini tidak terpakai kepada empat Ahli Parlimen tersebut kerana mereka adalah ahli BERSATU dan BERSATU adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

“Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai 'parti politik lain' mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Sabah bertarikh 3 November lalu jelas menyenaraikan empat Ahli Parlimen tersebut adalah calon GRS dari BERSATU.

Ini bermakna, katanya, penyertaan sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam BERSATU ketika bertanding pada PRU-15, November tahun lalu.

“Surat tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membantu beliau membuat keputusan.

“Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, Fasal 27 Perlembagaan BERSATU memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan dalam hal berkenaan hanya MPT BERSATU boleh menentukan sama ada empat Ahli Parlimen tersebut telah gugur keahlian serta-merta apabila mereka menyertai GRS.

Muhyiddin berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan beliau berdasarkan tafsirannya mengenai Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.

“Oleh kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU, keputusannya bahawa empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan tidak perlu mengosongkan kerusi mereka adalah terkhilaf.

“Fakta juga jelas menunjukkan bahawa mantan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Disember 2022,” katanya.

Tegas beliau, tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Parlimen berkenaan juga berlaku pada 19 Disember lalu yang mana kedua-dua perbuatan ini mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam BERSATU di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU selepas PRU-15.

Semalam, Johari memutuskan tidak berlaku kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli BERSATU Sabah atas tiket GRS pada PRU-15, November lalu.

Perkara itu dimaklumkan seorang daripada Ahli Parlimen terbabit, Datuk Matbali Musah (Sipitang) yang mengesahkan pihaknya telah menerima salinan surat daripada Johari yang ditujukan kepada Naib Presiden BERSATU merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berhubung keputusan dalam isu kedudukan empat wakil rakyat berkenaan.

Katanya, surat itu antara lain menjelaskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi mengikut Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. - 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad