web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Tahu Apa Berlaku Dalam Mesyuarat Induk MN - Khairuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 9:00PM

Mohd Khairuddin berkata keputusan menubuhkan PN dibuat tanpa diketahui pimpinan parti yang lain. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang mantan pemimpin PAS semalam menyingkap kisah permulaan kepada perpecahan parti itu dan UMNO dalam gabungan Muafakat Nasional (MN).

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keretakan kedua-dua parti itu disebabkan ada pihak dalam parti yang bersetuju menubuhkan Perikatan Nasional (PN).

Jelas beliau, keputusan tersebut dikatakan dibuat tanpa diketahui pimpinan parti yang lain.

“Kita semua tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat jawatankuasa induk MN dulu yang saya juga seorang ahlinya.

“Kita semua (PAS dan UMNO) bersetuju untuk tidak tergesa-gesa mendaftarkan MN atau PN sementelah nama MN telah ada didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Namun, siapa yang menandatangani surat bagi pihak parti bersetuju menubuhkan PN tanpa diketahui oleh pimpinan parti yang lain termasuk Timbalan dan dua Naib Presiden apatah lagi Majlis Syura Ulama (MSU).

“Setelah pecah dan bocor barulah diperakui dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam keadaan marah-marah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Khairuddin turut melampirkan laporan media memetik Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa parti berkenaan ingin membunuh UMNO.

Mohamad pada masa sama, mengakui keikhlasan DAP terhadap UMNO.

Takiyuddin berkata, PAS menyifatkan bahawa dakwaan Mohamad sebagai tidak masuk akal dan dibuat dalam keterpaksaan.

Ujar beliau, partinya sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu yang merupakan kelompok majoriti rakyat negara ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin turut mengingatkan bahawa terdapat pihak yang tanpa henti memberi persepsi bahawa UMNO enggan bekerjasama dengan PAS.

“Saya perlu berikan kesaksian saya sebagai ahli mesyuarat dan ahli jawatankuasa (AJK) serta ahli MSU yang terlibat dengan semua rundingan dengan MN sama ada di peringkat perbincangan kerusi dan sebagainya.

“Saya sendiri masih konsisten mahukan PAS dan UMNO kembali disatukan di bawah satu payung yang boleh mencantumkan semua,” katanya.

Tegasnya, teguran beliau tertumpu pada tindak-tanduk segelintir pimpinan PAS, sebagaimana dirinya juga bersedia dikritik atas kelemahan sendiri.

“Teguran itu bukan bermakna membenci secara peribadi kerana semua pihak terlibat tetap bersaudara dan bersahabat meskipun berbeza.

“Apa pun, marilah kita bergerak ke hadapan mencari titik persamaan,” katanya lagi.

Pada 14 Oktober tahun lalu, media melaporkan bahawa MN yang piagamnya ditandatangani pada 14 September 2019 boleh dianggap berkubur apabila PAS memuktamadkan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan PAS itu dilaporkan sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti ter­sebut perlu meninggalkan BERSATU jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran