web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Wilayah Persekutuan Tolak Usul Perwakilan Negeri Sembilan Terima Sorakan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 12:41PM

Zainal Abidin menegaskan, jika jawatan ini tidak dipertandingkan, bimbang pengundi di luar parti akan menilai dari perspektif negatif. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Johor, kini giliran UMNO Wilayah Persekutuan menolak usul dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, usul tambahan itu dibuat secara tidak betul oleh Mohd Shukri, semalam.

Malah katanya, pimpinan UMNO perlu menyedari isu itu boleh mempengaruhi sokongan pengundi Melayu kepada parti.

“Isu ini jika tidak diberikan perhatian yang serius, mungkin memberi kesan bukan sahaja kepada parti malah 60 pengundi Melayu di luar sana yang sedang memerhati gelagat kita.

“Sekiranya jawatan ini tidak dipertandingkan saya bimbang pengundi di luar parti kita akan menilai kita dari perspektif negatif,” katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Menurut beliau, masih belum terlambat untuk UMNO memberi nafas baharu dan segar dalam parti itu.

“Mungkin kita semua termasuk saya sendiri telah buat banyak kesilapan sebelum ini. Tapi takkanlah kita nak biarkan kesilapan ini berterusan jika kita sedar dan kita tahu akibatnya. Perjalanan UMNO masih jauh dan penuh berliku di hadapan.

“Saya yakin demi parti kita di bawah sedia berubah. Kita cuma mengharapkan pimpinan dia atas mempunyai niat dan iltizam yang sama untuk memartabatkan semula parti ini,” katanya.

Zainal Abidin turut menggesa agar ahli akar umbi dan pimpinan tertinggi UMNO bersama-sama membaiki parti itu dan bangkit semula.

“Kita buanglah yang keruh, kita carilah yang jernih. Kita ikhlaskan hati dan kita selarikan dengan perbuatan dalam kita menuju ke hadapan.

“UMNO Wilayah mohon menyokong kecuali usul tambahan nombor 8 yang dibuat secara mengejut semalam iaitu usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya.

Ucapan beliau disambut sorakan dan tepukan perwakilan di dalam Dewan Merdeka WTC sebagai tanda bersetuju jawatan tertinggi dalam parti dipertandingkan.

Terdahulu, Mohd Shukri mencadangkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan, sebelum Dewan Merdeka gamat dengan sahutan berbelah bahagi antara laungan 'sokong' dan 'boo' oleh perwakilan.

Bagaimanapun Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan sama ada dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan atau tidak dalam pemilihan nanti, akan diketahui hari ini.

Katanya, ia akan ditentukan menerusi undian dengan prosedurnya ditetapkan oleh pengerusi persidangan.

"Macam yang saya cakap sebelum ini, kita tak ada pinda Perlembagaan, tapi usul ini hanya persetujuan dalam dewan.

Sebagaimana kita dulu bawa usul untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU semasa PRU (pilihan raya umum), kita bawa dalam dewan juga.

"Kalau esok (hari ini) semua perwakilan setuju, itulah keputusannya dan selepas itu, bergantung kepada prosedurnya. Biar perwakilan bahas dulu, banyak lagi (perwakilan) negeri nak bahas," katanya. – Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad