web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan 2 Jawatan Tertinggi UMNO Antara 7 Usul Popular Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:43PM

Isham berkata, pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan diadakan sekiranya usul tersebut dipersetujui majoriti perwakilan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan dua jawatan tertinggi antara tujuh usul yang dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022), hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, usul itu yang juga usul tambahan, dikemukakan UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin.

Katanya, cadangan tersebut disokong perwakilan Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

“Setakat ini ada tujuh usul dan untuk usul jawatan itu (Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dicabar adalah usul tambahan.

“(Ada) Perwakilan sokong usul itu, (tapi) belum habis lagi (dibahas). Siapa nak bawa usul itu bergantung kepada mereka.

“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga dah buat kenyataan serahkan kepada perwakilan,” katanya kepada pemberita di Laman Media PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Isham berkata, pertandingan bagi kedua-dua jawatan itu tidak akan diadakan sekiranya usul tersebut dipersetujui majoriti perwakilan.

“Biasa persetujuan seperti ini sebagai contoh tak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan ditanya semula Pengerusi Tetap kepada perwakilan.

“(Jadi) Esok akan berlaku perkara ini. Tapi biarlah usul itu dibahaskan semua perwakilan terlebih dahulu,” katanya.

Ditanya mengenai alasan di sebalik perbahasan itu tidak disiarkan secara langsung, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, sememangnya parti membuat keputusan untuk perbincangan secara dalaman.

Katanya, keputusan itu bagi mengelakkan hasil perbincangan terbabit diketahui umum termasuk parti politik lawan.

“Itu salah satu sebab kita bincang secara hati ke hati dalam dewan. Kita mahu bincang sesama kita.

“Tidak ada peraturan untuk UMNO melakukan perbincangan secara tertutup buat selama-lamanya tapi ini masa kritikal,” katanya.

Sementara itu, Isham memberitahu, BN telah memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, tiga kawasan tersebut sudah dikenal pasti, namun perinciannya hanya akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata, parti itu akan mengemukakan petisyen ke atas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen lain.

“Di kawasan ini, parti ada terima bukti kukuh kesalahan pilihan raya khususnya mengenai rasuah membabitkan pengundi.

“Dan kita dalam proses kumpul bahan untuk dihantar secepat mungkin ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tak boleh dedah kawasan itu,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad