web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Pernah Terbayang Tanding Jawatan Naib Presiden UMNO - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 1:06PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail belum membuat sebarang keputusan sama ada beliau bakal untuk bertanding pada pemilihan UMNO atau sebaliknya.

Menurutnya, beliau sama sekali tidak tahu akan kewujudan poster yang mengaitkan dirinya dengan perkara itu.

"Itu saya tidak tahu, saya tidak tahu siapa yang buat (poster Reset UMNO). 

"Setakat ini belum difikirkan lagi (untuk bertanding Naib Presiden UMNO)," katanya ketika ditemui media selepas ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan media berhubung penularan poster #ResetUMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).

Poster itu memaparkan nama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai calon Presiden UMNO, diikuti Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan.

Selain Wan Rosdy, mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut dinamakan sebagai calon Naib Presiden.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid meminta semua pihak dalam parti itu supaya berganding bahu melakukan reset atau perubahan secara drastik pada kadar segera demi kebaikan bersama.

Katanya, UMNO menyantuni perbedaan pendapat, terutama dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepemimpinan atau melakukan reset kepada parti itu. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Mauduk Kita Orang Parti Perlu Diamal Secara Konsisten - Wan Rosdy

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wan Hassan Dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

4

Politik 3 tahun yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam