web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 7:00AM

Reezal Merican (kiri) dan Shahrizat Abdul Jalil tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. - Gambar Abdul Razak Latif dan Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan UMNO melantik individu yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan menerima pelbagai reaksi pihak berkaitan.

Ketika ada yang melihat langkah itu sebagai usaha mengukuhkan keharmonian parti agar tidak berpecah belah, segelintir lagi lagi menyifatkan ia mencerminkan peribadi UMNO sebagai sebuah parti ‘kering idea’ dan takut membawa masuk pemimpin pelapis.

 Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar fail
Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar fail

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, langkah terbaru UMNO itu disifatkan sebagai kritikal untuk mengelakkan perpecahan, memandangkan sebelum ini parti Melayu itu berpecah teruk selepas tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) pada 2018.

Jelasnya, perpecahan itu semakin ketara apabila terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"(Langkah melantik mereka yang tewas) Ini juga untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang (didakwa) bukan pro Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk kembali berubah ke pangkal jalan.

“Kerana itu dapat kita lihat pemimpin seperti Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid) dipanggil semula sedangkan diketahui mereka ini ‘mesra Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob’,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Awang Azman berkata, Zahid selaku Presiden UMNO cuba memberi mesej bahawa yang penting ialah parti dan bukannya kepentingan individu. 

“Beliau mahu memberi isyarat bahawa kepentingan memulih, menyatu dan mengukuhkan kepentingan parti lebih penting," katanya.

BERNAMA kelmarin memetik Ahmad Zahid sebagai berkata, keputusan melantik individu yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, adalah satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO.

"Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam keadaan cacamarba.

"Keputusan dibuat di peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan nasional. Saya lihat satu gelombang baharu dan saya harus bersama mereka untuk membina kekuatan baharu UMNO, rapatkan saf pemimpin di setiap peringkat,” katanya.

Sementara itu, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, UMNO dilihat seolah-olah sebuah parti yang ketandusan idea dan takut membawa masuk pemimpin pewaris susulan tindakan berkenaan.

Mengikut logik, ujarnya, sesebuah pertubuhan atau pasukan boleh diperkukuh dengan melantik mereka yang menang dengan cemerlang untuk memegang jawatan parti.

"Tapi tak tahulah. Boleh jadi bagi parti yang dikatakan 'keramat' ini, orang yang ahli sendiri tolak dalam pemilihan boleh kukuhkan parti.

"Apatah lagi, antara yang mereka tolak tetapi dilantik semula itu adalah juga orang yang kalah dalam pilihan raya," katanya lagi. 

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO 2023-2026 yang pertama pada Rabu lepas memutuskan Shahrizat dilantik sebagai MKT UMNO (lantikan) dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Turut dilantik ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO.

Shahrizat tewas dalam persaingan merebut jawatan Ketua Wanita manakala Mahdzir dan Reezal Merican kalah dalam pertandingan Naib Presiden.

Pemilihan UMNO yang selesai diadakan Sabtu lepas menyaksikan Datuk Dr Noraini Ahmad mempertahankan jawatan Ketua Wanita manakala tiga jawatan Naib Presiden dimenangi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dr Azmi Hassan - Gambar fail
Dr Azmi Hassan - Gambar fail

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis, Dr Azmi Hassan berkata, lantikan yang dilakukan UMNO itu dilihat sebagai satu strategi untuk memperkuat institusi presiden dan memperkukuh institusi parti tersebut sendiri.

Jelasnya, ini kerana UMNO sebelum ini diselubungi permasalahan apabila tidak lagi dipercayai pihak luar hilang susulan kedudukan parti yang goyah.

“Permasalahan UMNO juga termasuk institusi presiden tidak mempunyai kawalan terhadap yang lain,” jelasnya.

Tegas Azmi, terlalu banyak percaturan dan sabotaj dari dalaman sehingga MKT dan semua Naib Presiden sukar untuk membuat dasar serta kerja masing-masing.

"Tiada salahnya menguatkan institusi presiden kerana saya melihat ia secara langsung akan memperkuat UMNO itu sendiri. Saya melihat orang luar tidak mahu melihat parti ini bercakaran antara satu sama lain kerana ia mempamerkan ketidaksefahaman dan ketidakstabilan.

"Jadi kalau presiden dapat bekerja dengan barisan yang dilantik dan barisan yang menang dalam pemilihan, ia memberi persepsi bahawa UMNO akan kukuh, tidak kiralah orang presiden atau tidak,” katanya.

Jelas beliau, apa yang penting adalah untuk memperkukuh institusi parti itu sendiri. 

"Kalau kukuhnya institusi presiden dan senang presiden membuat kerja maka kukuhlah UMNO. Maka saya lihat tidak ada masalah dengan lantikan dan pemberian jawatan penting bagi orang yang rapat dengan Ahmad Zahid," ujarnya. - Getaran, 26 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad