web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Syor UMNO Laksana 3 Perubahan, ‘Tangkap’ Anak Muda

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 12:30PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO perlu melakukan perubahan sesuai dengan kehendak semasa, bagi memastikan parti keramat itu kekal relevan dalam politik tanah air dan mampu menarik kembali sokongan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan itu boleh dilaksanakan menerusi tiga langkah.

Katanya, perubahan pertama adalah ia perlu mampu menangkap imiginasi anak muda dan memahami pola fikir mereka.

“Pada masa kita ingin mendapatkan sokongan mereka, kita juga bertanggungjawab mencorak anak muda ini sebagai sumber penting potensi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan, langkah perubahan kedua adalah UMNO perlu mempunyai kemampuan untuk menyeimbangkan antara politik pembangunan dan politik perkhidmatan.

Tegasnya, dalam erti kata lain, parti itu mesti mampu mengimbangi kepentingan negara, berbanding kehendak individu atau kelompok masyarakat.

“Manakala, (langkah) ketiga kita mesti menggarap pemikiran serta idea baharu setiap peringkat parti, Wanita, Pemuda, Puteri, kelab UMNO, parti sahabat dan pemikir luar,  bagi memastikan parti kita relevan dengan realiti politik semasa,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau amat yakin UMNO akan menjadi parti yang kembali kuat menerusi pembaharuan dilaksanakan itu.

 “Saya yakin dengan tekad kita untuk memperbaharui perjalanan parti pada masa hadapan, ada potensi untuk kita mendakap semula sebahagian besar daripada 74 kerusi yang terlepas daripada tangan kita sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UMNO sedar mengenai perubahan sikap dan pemikiran pengundi baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Justeru, katanya, parti itu mesti bersedia mendepani satu lagi gelombang potensi pengundi baharu menjelang PRU Ke-16.

Ujarnya, pelajar yang kini berada di Tingkatan Dua adalah golongan akan menjadi pengundi baharu kelak dan sekiranya dikira, seramai 500,000 pengundi baharu berpotensi dimiliki setiap tahun, menjelang PRU yang dijangka pada tahun 2027.

“Sudah tentu pemikiran mereka berbeza. Lensa politik mereka juga jauh lebih luas dan pelbagai. Soal pembangunan bukan lagi pertimbangan.

“Penilaian tidak lagi bersandarkan rekod masa lampau. Landskap politik tahun mendatang, sudah tentu berubah dengan pantas,” katanya.

Menurutnya, perubahan demografi dalam konteks penempatan, kini menyaksikan lebih 70 peratus pengundi berada di pinggir bandar dan kawasan bandar.

“Ia diiringi pula pertambahan jumlah pengundi baharu daripada anak-anak kita yang kini dibangku sekolah.

“Perubahan demografi tempat dan umur ini, akan menjadi lebih mencabar, kerana ia turut melibatkan perubahan idea serta pemikiran.

“Kita tidak harus tenggelam dalam setiap anjakan landskap politik baharu ini,” katanya. – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad