web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerusi Dimenangi Bukan Hak Mutlak Peribadi Tapi Milik Parti - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 12:20PM

Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerusi dimenangi calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu bukan hak milik mutlak individu berkenaan, sebaliknya menjadi pilik parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tindakan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Menurut beliau, itu adalah faktor mengapa parti menyediakan dokumen perjanjian dan SD serta akujanji kepada setiap calon supaya kekal menyokong parti.

“Ini menjadi faktor kenapa kita tidak boleh bersama PN. Belum pun subuh, pengkhianatan telah dibuat terhadap parti kita. Lebih menyedihkan, ia diatur oleh orang kita sendiri.

“Sedangkan seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah ada dokumen perjanjian dan akuan bersumpah serta akujanji, kerusi yang dimenangi adalah hak mutlak parti.

“Atas sebab itu, kita berbincang dan bersetuju, untuk membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) dengan rakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menurut beliau, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan itu bersesuaian dengan Perlembagaan UMNO dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong selain mengambil kira mudarat kepada parti, walaupun ada suara dalaman menentang kerjasama dengan PH.

Katanya, pertimbangan kerjasama itu juga dibuat berasaskan prinsip demokrasi.

“PH mempunyai jumlah kerusi terbanyak, iaitu 82 berbanding 73 yang dimenangi oleh PN. Rakyat telah memberikan mandat lebih besar kepada PH dan atas semangat demokrasi, kita memilih jumlah majoriti yang lebih besar.

“Setelah dibahaskan, MKT membuat ketetapan untuk memilih bersama PH bagi menubuhkan kerajaan perpaduan. Sekali lagi ini adalah bukti keputusan yang dibuat adalah secara bersama. Mereka yang berada dalam kerangka kepimpinan parti mengetahui dan menyedari bagaimana keputusan ini dicapai,” katanya.

Jelas Zahid, parti tetap membuat keputusan bersandarkan semangat musyawarah walaupun terdapat akujanji yang memberikan kuasa kepada ketua utama parti untuk berunding mengenai penubuhan kerajaan.

“Selain itu, pendirian kita adalah selaras dengan perakuan yang kita berikan kepada Yang di-Pertuan Agong, untuk menerima titah usulan Baginda, supaya diwujudkan kerajaan perpaduan.

“Pada masa sama, PH juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya PN menolak titah berkenaan,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad