web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Baik Kita ‘Reset’ UMNO Bersama, Elakkan Kabilah Berbeza

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 5:52PM

Ahmad Zahid Hamidi melawat gerai pameran, Pavilion Kementerian Desa dan Wilayah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid meminta semua pihak dalam parti itu supaya berganding bahu melakukan reset atau perubahan secara drastik dengan segera demi kebaikan bersama.

Katanya, UMNO menyantuni perbedaan pendapat, terutama dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepemimpinan atau melakukan reset kepada parti itu.

“Saya mempunyai pendirian dan keyakinan (adalah) lebih baik kita bersama-sama melakukan perubahan secara drastik dengan segera.

“Yang penting reset ini boleh kita lakukan bersama-sama dan tidak penting bagi kita untuk melayani perbedaan dan akhirnya mewujudkan kabilah (puak) berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan gerai pameran, Pavilion Kementerian Desa dan Wilayah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di sini, hari ini.

Ia sebagai menjawab persoalan media berhubung penularan poster #ResetUMNO yang tular sempena PAU 2022.

Poster itu memaparkan nama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai calon Presiden UMNO, diikuti Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan.

Poster #ResetUMNO yang tular sempena PAU 2022 - Gambar media sosial
Poster #ResetUMNO yang tular sempena PAU 2022 - Gambar media sosial

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy, mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula masing-masing dinamakan sebagai calon Naib Presiden.

Ahmad Zahid menegaskan, beliau akan menggariskan hala tuju baru UMNO menerusi ucapan dasarnya esok bersandarkan pendirian dan keyakinan itu, seperti dimaklumkannya semalam.

“Esok dalam ucapan dasar, saya akan menggariskan hala tuju baru UMNO yang menjadi tulang belakang kepada BN (Barisan Nasional) untuk menghadapi PRN (Pilihan Raya Negeri), PRU (Pilihan Raya Umum) dan lain gerakan massa.

“Gerakan yang harus mendakap semula dukungan akar umbi dan mereka yang tidak berparti, supaya dapat bersama-sama memahami serta akhirnya mendukung dan menyokong UMNO dan BN,” katanya. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad