web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Kegilaan Ini! Presiden Seorang ‘Fighter’, Buka Ruang Pertandingan - KJ

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 2:11PM

Khairy Jamaluddin berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang pejuang dan tidak gentar jika kedudukannya sebagai Presiden dicabar pada pemilihan parti akan datang - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang pejuang dan tidak gentar jika kedudukannya sebagai Presiden dicabar pada pemilihan parti akan datang.

Justeru, beliau berkata, UMNO harus membuka ruang untuk jawatan tertinggi itu dipertandingkan bagi menyuburkan demokrasi dalam parti.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi pencabarnya.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

Tangkapan layar Instagram @khairykj
Tangkapan layar Instagram @khairykj

Khairy berkata demikian bagi mengulas tindakan 140 Ketua UMNO Bahagian yang bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, mereka sepakat memohon Ahmad Zahid mempertimbangkan perkara tersebut, kerana UMNO pada saat ini perlu diperkukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan, beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.

Tegasnya, beliau juga pernah dicabar sebelum ini dalam pemilihan pada 2018, namun kedua-dua pencabarnya gagal memperoleh undi yang banyak.

Pada Pemilihan UMNO 2018, Ahmad Zahid diangkat sebagai Presiden selepas Datuk Seri Najib Razak melepaskan kedudukan itu dan mengalahkan pencabarnya.

Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pencabar termasuk Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau ketika itu .

Khairy meraih 51 undi dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang memperoleh 23 undi.

Dua lagi pencabarnya yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin, gagal memperoleh sebarang undi.

Umum mengetahui, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan pernah memberi bayangan bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden pada pemilihan kali ini. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar