web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli UMNO Khianati Parti Perlu Dihapuskan - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 9:16PM

Menurut beberapa tokoh parti yang ditemui pemberita selepas ucapan tertutup Ahmad Zahid di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri itu menyebut keperluan untuk menghapuskan "pengkhianat" dalam parti - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara lantang mendesak pembersihan dalaman dilakukan ketika berucap pada sesi taklimat khas kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula hari ini.

Menurut beberapa tokoh parti yang ditemui pemberita selepas ucapan tertutup Zahid di sini hari ini,  Timbalan Perdana Menteri itu menyebut keperluan untuk menghapuskan "pengkhianat" dalam parti.

Perwakilan juga memberitahu pemberita, Zahid telah mendedahkan senarai kawasan 10 pemimpin UMNO yang didakwa menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut veteran UMNO dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Zahid menegaskan tentang kepentingan menghapuskan ahli yang tidak setia dan menunjukkan belang sebenar mereka di dalam parti.

“(Zahid) tidak mahu ada pengkhianatan dalam parti.

“Pada masa ini, apabila ada pilihan raya, pemimpin parti daripada UMNO (boleh dilihat) menyokong parti lain,” katanya.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula menegaskan, pembersihan parti perlu dilakukan sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas kekalahan teruk pada PRU-15.

"Demi UMNO, kami percaya perpaduan diperlukan.

“Kita mesti membersihkan parti kerana ada ahli mensabotaj kita semasa PRU-15, atas alasan mereka sendiri,” kata mantan Menteri Besar Terengganu itu.

Tambahnya, Zahid turut menggesa agar ahli UMNO menyokong penyatuan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan hala tuju parti.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Zahid memuji kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan PH dan menggesa mereka untuk mencapai keputusan terbaik pada PRN akan datang atas dasar menjadi rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan.

“(Zahid) mengetengahkan kekuatan BN dan PH menyediakan formula baharu untuk politik negara.

"Manfaat kedua-dua parti dalam kerajaan perpaduan akan menawarkan rakyat sesuatu yang lebih baik daripada parti lain," katanya.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan akan mengambil pendekatan lebih tegas terhadap ahli BN yang memburukkan imej parti.

Enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka mengadakan PRN menjelang pertengahan tahun ini.

PAU berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. – The Vibes, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan