web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Patuhi Undang-Undang, Perlembagaan Sabah Tentukan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 2:23PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Patuhi undang-undang terutama Perlembagaan Negeri Sabah dalam menentukan kedudukan ketua menteri dan kerajaan negeri, kata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kemelut terkini di Sabah.

Beliau berkata Warisan tidak akan mendesak Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri, sebaliknya ADUN Sulaman itu sendiri perlu faham kedudukannya kini berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah.

Mohd Shafie berkata dakwaan pihak tertentu kononnya mempunyai bilangan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) teramai tidak sepatutnya dimainkan demi kestabilan politik negeri, sebaliknya semua pihak perlu merujuk dan bertindak berlandaskan undang-undang berkaitan.

"(Hajiji) perlu lakukan perkara yang terhormat, tiada siapa yang tahu sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti atau tidak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Warisan di Kolombong di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri dalam sidang media mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Bung Moktar berkata BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

"Beliau (Hajiji) tidak ketuai parti kerana GRS itu adalah gabungan parti. Perjanjian membentuk kerajaan Sabah (selepas Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 2020) juga antara BN dan PN, tetapi Hajiji sudah keluar Bersatu (komponen PN)," kata Mohd Shafie.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata Warisan menyerahkan sepenuhnya kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk menentukan kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan kerajaan Sabah.

Ditanya adakah Warisan akan bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan negeri, Mohd Shafie berkata keutamaan sekarang adalah menentukan kedudukan ketua menteri dan kerajaan negeri berdasarkan undang-undang.

Ditanya adakah Warisan mempunyai sokongan majoriti ADUN Sabah untuk membentuk kerajaan negeri, beliau berkata: "Berlandaskan undang-undang dahulu, bukan nombor.”

"Saya bersimpati dengan rakyat Sabah apabila terpaksa menghadapi ketidaktentuan politik seperti ini, justeru apa yang perlu sekarang adalah tentukan kedudukan (ketua menteri dan kerajaan negeri) yang kukuh berdasarkan lunas undang-undang yang kita ada," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 jam yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

4

Politik 3 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran