web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Sabah Tamatkan Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00AM

Bung Moktar - Gambar ihsan BN Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi menamatkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), susulan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor didakwa kehilangan ‘locus standi’ sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian selepas mendakwa Hajiji yang juga Pengerusi GRS, melanggar perjanjian dimeterai kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, ia termasuk pemecatan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd dan ugutan ingin merombak Kabinet tanpa merujuk kepada bloknya.

“Dengan ini, kami menarik balik sokongan kami kepada GRS,” katanya.

Beliau berkata, BN Sabah tidak pernah menandatangani sebarang persefahaman bersama GRS, sebaliknya berbuat demikian dengan Perikatan Nasional (PN) apabila ia memutuskan untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri pada 2020.

“Hajiji juga hilang legitimasi sebagai Ketua Menteri selepas beliau memutuskan untuk meninggalkan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan menjadi ahli GRS secara langsung.

“Kami meminta gabenor negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyemak kesahihan Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Pada masa sama, Bung Moktar berkata, kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri bercanggah dengan perlembagaan kerana tidak memenuhi syarat undang-undang, seperti dinyatakan di bawah Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) perlembagaan negeri.

Ujarnya, Hajiji sudah hilang legitimasi kerana tidak menyertai parti selepas meninggalkan BERSATU.

Ditanya sama ada semua wakil rakyat BN Sabah menyokong langkah menamatkan kerjasama itu, Bung Moktar berkata pada masa ini, hanya lima daripada 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan yang tidak sehaluan.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih berbincang dengan individu terbabit dan mereka perlu akur dengan langkah itu kerana ia adalah keputusan parti.

BN hanya mempunyai 17 ADUN dengan tambahan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi yang menyertai parti itu.

Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmy Yahya tidak hadir pada sidang itu.

Penarikan diri BN daripada parti kerajaan menyaksikan Hajiji hanya mempunyai 29 ADUN dalam pentadbirannya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, BN boleh bekerjasama dengan mana-mana parti lain.

Keputusan BN Sabah itu dibuat kira-kira 24 jam selepas percubaannya untuk mengadakan kerjasama dengan WARISAN, bagi merampas kuasa pemerintahan negeri daripada GRS, gagal.

Berhubung keputusan itu, Bung Moktar menggesa orang ramai supaya bertenang dengan berkata, BN akan menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin. – The Vibes, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

2

Politik 8 bulan yang lalu

DUN Sabah Bubar, Hajiji Yakin Pengundi Bijak Memilih Untuk PRN-17 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad