web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tumpu Jadi Pembangkang Berkesan, Bukan Sibuk Nak Tebuk Atap’ - Nik Nazmi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 2:29PM

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Hamzah Zainudin itu membuktikan bahawa PN masih tidak boleh menerima hakikat berhubung penubuhan kerajaan perpaduan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya fokus menjadi pembangkang yang berkesan bukannya berusaha menjadi kerajaan ‘tebuk atap’.

Beliau berkata, rakyat kini sedang bergelut untuk keluar daripada pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan seharian, tetapi Perikatan Nasional (PN) terus-menerus mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

“Tumpukan menjadi pembangkang yang berkesan. Rakyat bergelut untuk keluar dari pandemik, inflasi dan banyak masalah lain ketika mana PN masih mahu merebut kuasa melalui pintu belakang,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Ciapan tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN mengenai sikap gabungan tersebut yang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, kenyataan Hamzah itu membuktikan bahawa PN masih tidak boleh menerima hakikat berhubung penubuhan kerajaan perpaduan.

“Hamzah Zainudin masih tidak dapat terima hakikat penubuhan kerajaan perpaduan.

“Sebaliknya beliau nak teruskan usaha menebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana Langkah Sheraton dahulu,” katanya.

Semalam, dalam siri perbincangan anjuran Kelab Concorde, Hamzah dipetik sebagai berkata, PN berpendirian terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada masa depan, termasuk BN.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan PN akan kembali berkuasa dengan kerjasama baharu tersebut, Ahli Parlimen Larut itu menegaskan ‘pintu sentiasa terbuka’. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad