web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Lindungi IKS Jika Terkesan Akibat Kes COVID-19 Di China - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:40PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan melindungi dan membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan rakyat jika berlaku kesan ekonomi susulan peningkatan  kes COVID-19 di China, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata kesan peningkatan COVID-19 ke atas ekonomi China perlu dipantau kerana sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia apa yang berlaku di negara itu boleh memberi kesan kepada sebuah negara dagangan seperti Malaysia.

“Di peringkat kementerian (ekonomi) perkara itu sudah dipantau sejak dua tahun lepas (pandemik COVID-19 bermula) dan pengalaman sepanjang dua tahun akan ditambah baik dengan perancangan, usaha dan tindakan untuk kurangkan (sebarang kesan ke atas ekonomi Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan Sumbangan Balik Ke Sekolah Parlimen Pandan di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dekat sini hari ini.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19, namun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini.

Ditanya sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung bulan depan, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata perkara itu perlu ditanya kepada Setiausaha Agung parti kerana segala surat menyurat ditujukan kepada Setiausaha Agung.

“Setakat ini belum dimaklumkan dan belum ada notis mesyuarat biro politik PKR,” katanya.

Kepada soalan sekiranya mendapat jemputan adakah PKR akan memenuhinya, Rafizi berkata perkara itu akan diputuskan secara bersama di peringkat parti.

“Tak usah terburu-buru. Kalau dapat jemputan, prosesnya ialah akan dibawa ke biro politik dan biro politik akan buat keputusan. Saya tunggu kalau perkara itu telah dihantar secara rasmi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad