web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kamal Dilantik Pemangku Ketua Negeri MPN Pejuang Wilayah Persekutuan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 1:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengumumkan pelantikan Kamal Abd Aziz sebagai Pemangku Ketua Negeri Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Kamal yang juga Timbalan Ketua Negeri MPN Wilayah Persekutuan dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang meletak jawatan baru-baru ini.

Pelantikan itu diumumkan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi surat rasmi yang bertarikh semalam.

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

Mukhriz berkata, beliau berharap Kamal dapat mencurah khidmat bakti dalam menggerakkan parti di peringkat negeri, berlandaskan prinsip dan perlembagaan demi agama, bangsa serta tanah air.

“Majlis Eksekutif Pusat yang bersidang dalam Mesyuarat Khas bertarikh 22 Disember lalu, bersetuju memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menimbang dan seterusnya melantik Pemangku Ketua Negeri MPN Wilayah Persekutuan.

“Dengan ini, saya melantik Tuan (Kamal) sebagai Pemangku Ketua Negeri MPN Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta-merta,” katanya menerusi kandungan surat tersebut.

Mukhriz turut memetik Perlembagaan parti yang memperuntukkan bahawa Majlis Eksekutif Pusat, berkuasa menubuhkan MPN bagi setiap negara atau wilayah Persekutuan dan menentukan perjalanannya.

Selain itu, beliau berkata, Perlembagaan itu menyebut bahawa Majlis Eksekutif Pusat, boleh menggantung atau membubarkan MPN masing-masing serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan majlis tersebut yang digantung atau dibubarkan.

Media pada 20 Disember lalu melaporkan, Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ketua Negeri MPN Wilayah Persekutuan dan membubarkan MPN parti itu.

Katanya, perjuangannya bersama parti itu tidak lagi relevan memandangkan PEJUANG menerima peletakan jawatan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Dr Mahathir yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama,” katanya. - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad