web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angkuh, Tidak Kompeten! Matlamat Rafizi Didorong Dendam Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 9:09PM

Rafizi (kiri) dan Wan Saiful. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai individu angkuh dan tidak kompeten kerana menetapkan matlamat tidak wajar sebagai seorang menteri.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, matlamat Rafizi didorong dendam politik sekali gus menunjukkan pendekatan kerajaan perpaduan amat berbeza dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Matlamat kerajaan bukan untuk bagi sesiapa ‘terduduk’. Tapi matlamat kerajaan ialah membantu rakyat tanpa mengira pegangan politik.

“Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN berkuasa, kita prihatin menjaga kebajikan rakyat dan kita langsung tak pernah terniat supaya PH ‘terduduk’.

“Tak kira PN atau PH, semua kita bantu. Itulah beza kerajaan PN yang adil dan PH-BN yang angkuh dan tidak kompeten,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, sifat angkuh kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PN) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini menyebabkan pemimpinnya sentiasa salah sasaran.

“Target sebenar sepatutnya menghasilkan idea bantu rakyat. Tapi disebabkan angkuh, target PH-BN masih lagi nak balas dendam jika ada orang kritik mereka.

“Akibatnya idea penyelesaian masalah rakyat masih belum ada,” katanya.

Wan Saiful berkata, kerajaan seharusnya melihat bagaimana untuk memulakan pembaharuan terhadap bekalan makanan supaya ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang.

“Dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport, semuanya adalah perkara yang boleh kerajaan gunakan untuk bantu rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melantik Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga mantan Menteri Kewangan II untuk menggantikan Rafizi, jika beliau terus angkuh.

Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

“Datuk Jo (Johari) jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga nak buat sesiapa ‘terduduk’, semata-mata sebab dendam politik,” katanya.

Pada Ahad lalu, Rafizi berkata, beliau tidak takut dengan pandangan umum berikutan nasihatnya kepada pengguna mengenai isu kenaikan harga barang, sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan mengikuti saranannya.

Malah beliau turut berkata, dalam sebulan lagi, 'geng' PN yang mempertikaikan semua tindakannya itu akan ‘terduduk’.

Rafizi sebelum itu menasihatkan pengguna supaya berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Tegas beliau, seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Ketika ini, katanya, biarpun harga barangan terus meningkat, pengguna dilihat masih bersedia membayar.  - Getaran, 28 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar