web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan Bukan Islam Demi Kuasa, Hingga Ketepi Agama Dianggap Munafik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 9:03PM

Abdul Hadi Awang menegaskan perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu kerana mereka dimestikan memimpin seluruh manusia, melalui pendekatan penyampaian tanpa paksaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya perpaduan mengikut hidayah (petunjuk) Allah akan membawa berkat dan kekal hingga akhirat.

Tegasnya, perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu kerana mereka dimestikan memimpin seluruh manusia, melalui pendekatan penyampaian tanpa paksaan.

Beliau berkata, seterusnya, perpaduan adalah mengajak seluruh manusia di bawah masyarakat majmuk, berada di bawah keadilan kerajaan Islam.

“Ada pun perpaduan tanpa petunjuk Allah tersebut adalah diharamkan, disebabkan kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia serta akhirat kerana pelaksanaan tidak berprinsipkan aqidah, (selain) tidak mempunyai konsep amar makruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia dan pergaulannya dalam bermasyarakat.

“Hal ini disebabkan tiada asas akidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan, Allah memberikan amaran paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama, semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepimpinan Islam.

Katanya, Allah meletakkan golongan tersebut dengan sifat munafik.

“Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia.

“Begitu juga, apabila bersama kalangan nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam. Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafik,” katanya.

Abdul Hadi berkata, peranan aqidah beriman yang ada dalam diri kepimpinan Islam yang bertaqwa akan mengawal dirinya, agar beristiqamah menegakkan rahmat Allah dan keadilan Ilahi kepada semua.

“Hal tersebut merupakan ciri penting yang tidak terdapat dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi