web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH, BN Perak Bentuk Jawatankuasa Perundingan Pertahan Kestabilan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:17AM

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya semalam dipengerusikan Saarani dan Mujahid serta dihadiri pemimpin parti-parti komponen PH dan BN Perak. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan dalam memastikan agenda kestabilan kerajaan negeri yang dibentuk hasil persefahaman antara kedua-dua gabungan itu sentiasa dipertahankan.

Pengerusi PH Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan pembentukan jawatankuasa itu adalah simbol komitmen dalam menjunjung titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah supaya kestabilan politik sentiasa disuburkan demi menjamin kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat pertamanya semalam dengan dipengerusikan Saarani dan Mujahid serta dihadiri pemimpin parti-parti komponen PH dan BN Perak,” menurut kenyataan itu.

Berikut adalah ketetapan penting yang dicapai kedua-dua parti berkenaan:

Memastikan Kerajaan Negeri Perak kekal stabil untuk menyempurnakan sepenuhnya penggal pentadbiran dengan berganding bahu menjunjung keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Memastikan agenda kebajikan rakyat sentiasa didahulukan melalui penyuburan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar serta pasukan pentadbirannya.

Memakmurkan Perak dengan kegiatan ekonomi yang pesat serta menjana pendapatan negeri melalui amalan pentadbiran kerajaan yang bersih, telus, adil dan bertanggungjawab kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Memperkukuh dan memanfaatkan saluran media di semua platform secara lebih berkesan bagi menyampaikan maklumat kepada warga Perak khususnya dan umumnya rakyat Malaysia mengenai dasar dan pencapaian Kerajaan Negeri Perak.

Memelihara keharmonian hubungan antara parti di semua peringkat bagi menjayakan dan melicinkan perjalanan pentadbiran negeri di peringkat akar umbi.

PH dan BN menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam