web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Undi Percaya Dibuat Kerana Dicabar Muhyiddin - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 12:01PM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bertitik tolak daripada cabaran diutarakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 November, selepas Istana Negara memperkenan pelantikan beliau.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang kerana mempersoal kewajaran undi berkenaan diadakan, sedangkan jelas beliau memiliki sokongan majoriti ahli dewan.

“Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim – PN) dan Pasir Mas (Ahmad Fadhli Shaari – PN) membangkitkan persoalan, mengapa usul ini dibentangkan.

“Pasti mereka ada membaca kenyataan Pagoh (Muhyiddin) yNf mencabar keabsahan saya, meskipun Pejabat Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang, malah Yang di-Pertuan Agong sendiri menitahkan, undi percaya tidak perlu dilakukan, memandangkan jelas ada sokongan majoriti.

“Tapi saya memutuskan untuk melihat perkara ini bukan hanya dari sudut perundangan atau perlembagaan, tetapi juga keabsahan moral,” jelasnya.

Sejurus selepas mengangkat sumpah pada 24 November, Anwar pada sidang media pertamanya berkata, agenda pertama sebaik sidang Dewan Rakyat diadakan ialah membawa usul undi percaya.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa, beliau memiliki sokongan 115 Ahli Parlimen berdasarkan akuan bersumpah (SD) diterima, sekali gus membolehkan beliau membentuk kerajaan.

Ia mencakupi sokongan 10 Ahli Parlimen UMNO.

Bagaimanapun, adalah jelas Anwar meraih sokongan majoriti Dewan Rakyat meliputi 148 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan WARISAN, berbanding 74 Ahli Parlimen PN.

Walaupun Muhyiddin sebelum itu menerima sokongan GRS dan GPS, ia dicacatkan oleh kenyataan anti Kristian dan retorik ekstremis Islam yang dibawa ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kenyataan berkenaan dikecam hebat penduduk Sabah dan Sarawak, sehingga membuatkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menimbang semula sokongan diberikan.

Kemelut pembentukan kerajaan itu mendorong Agong menitahkan agar semua parti bersatu membentu kerajaan perpaduan.

Ia bagaimanapun tidak dipersetujui Muhyiddin manakala GRS, GPS dan BN mengambil pendekatan mematuhi titah baginda agar bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Anwar. - Getaran, 20 Disember

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek