web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Kecoh Isu Usul Undi Percaya, Ahli Parlimen Bertikam Lidah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 4:54PM

Kekecohan bermula sebaik Shahidan Kassim bangun dan membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung penggunaan perkataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu oleh Fadillah Yusof ketika mengemukakan usul undi percaya berkenaan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang berkaitan usul undi percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ia bermula dengan tindakan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bangun dan membangkitkan peraturan mesyuarat (point of order) berhubung penggunaan perkataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika mengemukakan usul undi percaya berkenaan.

"Kita tidak boleh menggunakan perkataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu untuk mempengaruhi majlis mesyuarat. Kita tidak perlu pakai, kita bawa usul tanpa menggunakan ini, kita telah melanggar 36 (7)," dakwanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudian menjelaskan, apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri adalah fakta dan menegaskan, perbahasan akan dibuka bagi usul tersebut.

Shahidan seterusnya mempersoalkan kewajaran usul undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat sekiranya Seri Paduka Baginda sudah mengabsahkan kepimpinan Perdana Menteri.

Kenyataan itu menyebabkan Mohd Sany Hamzah (PH-Hulu Langat) mencelah dan berkata, kepimpinan hari ini berani berbuat demikian berbanding Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kata-kata Mohd Sany tersebut menyebabkan ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang mencabarnya untuk bangun, meskipun beliau hadir ke sidang dewan menggunakan kerusi roda kerana baru menjalani pembedahan minggu lepas.

Mohd Sany bagaimanapun tetap cuba bangun dan terus mengulangi penegasan bahawa Perdana Menteri hari ini merupakan seorang yang berani berbanding Perdana Menteri Kelapan.

"Sekarang saya bangun sebab Perdana Menteri yang ada pada hari ini berani, tidak seperti Perdana Menteri Kelapan yang tidak berani," tegasnya. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 46 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar