web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah-Sudahlah Pertikai Perjanjian Kerajaan Perpaduan, Kita ‘Move On’ Demi Rakyat - Fahmi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 8:25PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama ditandatangani Kerajaan Perpaduan kelmarin, disifatkan sebagai langkah tepat dan bijak dalam menunjukkan kepimpinan negara memahami apa perlu diusahakan untuk mewujudkan kestabilan di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, berbeza dengan perjanjian dimeterai bersama kerajaan terdahulu, pada kali ini, semua parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong, mahu MoU Kerjasama dibuat secara terbuka serta segala isi kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat.

“Inilah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan Kerajaan pasca Parlimen tergantung, supaya kita boleh fokus selesaikan masalah rakyat, terutama isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang sering mempertikaikan usaha Kerajaan Perpaduan, termasuk perjanjian berkenaan.

Menurutnya, menerusi kenyataan mereka, kedua-dua pemimpin itu menabur hujah dengan mendakwa MoU kerjasama terbabit sebagai ‘diktator’ atau ‘tak sah’.

Bagaimanapun, katanya, pertikaian mereka itu adalah ‘kemunafikan politik’, memandangkan kedua-duannya tidak mengeluarkan kenyataan ketika kerajaan dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta semua Ahli Parlimen menandatangani MoU tanpa diberikan pilihan.

“Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila Pakatan Harapan (PH) menandatangani MOU dengan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob? Klausa 3a MOU berkata, PH mesti sokong Bajet 2022, iaitu bermaksud Ahli Parlimen PH tiada pilihan dalam bab ini. Itu tak diktator?

“Kami dalam PH memahami keperluan kestabilan kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MOU itu.

“Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu? Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR meminta pembangkang berhenti daripada terus mencetuskan pertikaian dan kebencian, selain meminta mereka ‘move on’ demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau.

“Kita move on, ketepikan politik, fokus khidmat bakti dalam apa jua jawatan dipegang, demi masa depan Malaysia,” katanya.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan MoU Kerjasama itu, sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah, selain menegaskan kandungan dalam perjanjian bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti.

Katanya, undang-undang anti lompat parti yang mula berkuat kuasa pada Oktober lalu, tidak menghalang hak dan kebebasan Ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Parlimen.

Manakala, Mas Ermieyati mengecam perjanjian itu yang didakwa memaksa Ahli Parlimen mengundi usul kepercayaan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan PH dan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, ia disifatkan sebagai ‘haram’, tidak berperlembagaan, membawa kepada pemerintah diktator dan berbahaya serta tidak boleh dikuatkuasakan.

Kelmarin, empat gabungan politik memeterai perjanjian bersama PH bagi tujuan memperkukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing, iaitu Anwar sebagai Pengerusi PH; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran