Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PN Miliki Kriteria Jadi Pembangkang Semak Dan Imbang - Pemerhati

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 9:19AM

PN yang mempunyai 74 kerusi Parlimen bersedia untuk menjadi blok pembangkang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-15 yang bermula pada Isnin depan dijangka membincangkan beberapa agenda termasuk usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin kerajaan perpaduan.

Tumpuan pastinya kepada Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai jumlah kerusi Dewan Rakyat kedua terbanyak selepas Pakatan Harapan (PH), namun memilih menjadi pembangkang dengan tidak menyertai kerajaan perpaduan yang setakat ini diwakili PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta disokong beberapa parti lain termasuk Parti Warisan Sabah dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

PN yang mempunyai 74 kerusi Parlimen ternyata bersedia untuk menjadi blok pembangkang yang kuat apabila ia memilih Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Larut yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu terkenal dengan kelantangan dan ketegasan. 

Pemilihan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang disifatkan tepat oleh pemerhati, khususnya dalam konteks semak dan imbang, memandangkan ini kali pertama negara ditadbir oleh kerajaan perpaduan diketuai oleh PH dengan 82 ahli Dewan Rakyat. Selain itu, ia diperkuat oleh 30 ahli Parlimen BN, GPS (22), GRS (6) dan lain-lain parti.

Pembentukan kerajaan perpaduan itu disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu menyaksikan Parlimen tergantung buat pertama kali dalam sejarah negara apabila tidak ada sebuah parti pun boleh membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Pemilihan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang disifatkan tepat oleh pemerhati, khususnya dalam konteks semak dan imbang - Gambar Fail Bernama
Pemilihan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang disifatkan tepat oleh pemerhati, khususnya dalam konteks semak dan imbang - Gambar Fail Bernama

 

KERAJAAN BAYANGAN

Ketika mengulas akan kemampuan PN selaku blok pembangkang, pensyarah sains politik daripada Universiti Putra Malaysia Datuk Dr Jayum Jawan berkata sebagai gabungan yang pernah mentadbir kerajaan selama kira-kira dua tahun sebelum ini, PN mampu menjadi pembangkang yang berkesan dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang.

Jelasnya, memandangkan PN mempunyai jumlah kerusi kedua terbanyak, mereka boleh membentuk ‘kabinet bayangan’ yang cekap.

“Ketua Pembangkang akan menjadi ‘Perdana Menteri Bayangan’ dan  difahamkan PN akan mengagihkan dua atau tiga ahli Parlimen mereka untuk menjaga dan memantau satu kementerian… ini merupakan satu tindakan yang tepat,” kata Felow Akademi Sains Malaysia itu kepada Bernama.

Menurutnya, Malaysia tidak pernah mempunyai kabinet bayangan sekalipun BN yang menjadi blok pembangkang selepas PRU14 pada 2018 pernah mengutarakan cadangan tersebut.

“Pada 2018 rakyat tidak tahu siapa menteri bayangan kerana mereka tidak menonjol dari segi menyemak tindak-tanduk menteri dalam kerajaan.

“PN boleh mewujudkan dengan jelas peranan kabinet bayangan, namun mereka yang dilantik perlu menunjukkan kesungguhan melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut kerana ia bersifat  kerja sukarela dan tidak ada bayaran,” katanya.

Dr Jayum Jawan - Gambar Fail
Dr Jayum Jawan - Gambar Fail

Kewujudan kabinet bayangan juga dilihat sejajar dengan ciri demokrasi  berparlimen (Westminster) yang diamalkan Malaysia yang mana ahli-ahli kanan daripada parti pembangkang diberikan tugas memantau dasar dan tindakan kerajaan serta membuat cadangan alternatif.

“Tugas utama mereka (menteri bayangan) ialah memastikan dasar itu baik, betul, bermanfaat kepada rakyat selain pastikan menteri dalam kerajaan buat kerja kerana menteri bayangan boleh berdebat dengan menteri yang dibayanginya mengenai isu berkaitan kementerian semasa Parlimen bersidang.

“Kedua-dua pihak perlu buat ‘homework’ untuk berdebat secara profesional di Parlimen tentang dasar kementerian, bukan serangan peribadi sesama mereka,” jelasnya.

Menurut Jayum, dengan strategi itu, pastinya jemaah menteri pimpinan Anwar  akan lebih berhati-hati dan bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawab kerana ada pihak yang sentiasa memantau tindak-tanduk mereka, sekali gus menjamin kerajaan baharu mentadbir negara dengan amanah, telus dan adil.

 

GANDINGAN BAHARU DAN LAMA 

Jayum juga menyifatkan gandingan muka lama dan baharu dalam PN sebagai saling melengkapi, khususnya dalam menyalurkan idea yang lebih segar dan menjadi pengkritik kerajaan yang dinamik.

Malah katanya, mandat yang diberikan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dapat mengukuhkan lagi blok pembangkang kerana beliau seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran negara termasuk selaku perdana menteri ke-8.

Jayum juga berkata pelantikan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang  pernah menjadi Menteri Besar Terengganu sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN  merupakan gandingan pelengkap kepada Muhyiddin dalam menjadikan PN blok pembangkang berwibawa.

Mandat yang diberikan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dapat mengukuhkan lagi blok pembangkang - Gambar Fail
Mandat yang diberikan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dapat mengukuhkan lagi blok pembangkang - Gambar Fail

“PN mempunyai ramai pemimpin berpengalaman dalam kalangan bekas menteri, menteri besar dan Exco yang boleh dijadikan panduan oleh muka baharu dalam blok pembangkang untuk bertindak lebih matang,” ujarnya.

 

KEKUATAN PAS  

Sementara itu, penganalisis politik Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis berkata ini bukan kali pertama PAS menjadi pembangkang dan semestinya sudah berpengalaman luas dalam peranan mereka sebagai pengkritik kerajaan.

Malah kata pensyarah kanan  di Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik Universiti Malaya itu, Abdul Hadi sendiri pernah menjadi Ketua Pembangkang iaitu dari 2002 hingga 2004.

Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis - Gambar Fail
Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis - Gambar Fail

“PAS menjadi pembangkang selama lebih enam dekad sejak PRU pertama diadakan pada 1955, dan saya pasti pengalaman PAS sebagai pembangkang akan digunakan sebaik mungkin dalam menyemak dan mengimbang kerajaan yang diketuai PH.

“Pada PRU lepas juga PAS menyumbang kerusi Parlimen terbanyak (dalam PN) dan sudah pastinya rakyat akan menilai peranan yang dimainkan ahli Parlimen parti itu terutamanya dalam menambah baik dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan Abdul Hadi dilantik Ketua Pembangkang. Lebih-lebih lagi PAS mencatat prestasi cemerlang pada PRU15 apabila memenangi 43 kerusi Parlimen berbanding Bersatu dengan 31 kerusi.

Pada pilihan raya itu, PAS menyapu bersih lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan, sementara Abdul Hadi pula menang besar di Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi, mengatasi BN, PH dan Pejuang Tanah Air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Politik 2 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar