web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlembagaan GRS Peruntuk Keahlian Terus Individu, Kesatuan Antara Parti - Armizan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 7:00AM

Armizan Mohd Ali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Ahli Parlimen Papar itu berkata beliau sendiri merupakan antara individu yang terlibat dalam mendraf perlembagaan gabungan tersebut dan memohon semua pihak agar meneliti perkara berkenaan sebelum membuat apa-apa ulasan mengenai GRS serta wakil rakyatnya.

Armizan berkata sebagai contoh, beliau sendiri adalah ahli terus GRS dan bertanding serta menang atas tiket gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) namun belum membuat sebarang pengumuman atau keputusan berhubung status keahliannya dalam BERSATU.

“Kita melihat pelbagai andaian dan spekulasi apabila Datuk Seri Hajiji Noor (bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah) mengumumkan pemimpin BERSATU Sabah keluar parti tetapi masih kekal dalam GRS, dalam perlembagaan gabungan ini mempunyai keahlian terus individu dan kesatuan parti.

“Siapa pihak yang keluar BERSATU Sabah perlu diperincikan, itu keputusan kepimpinan tertinggi Bersatu Sabah yang akan disusuli pernyataan rasmi pihak yang menyatakan pendirian keluar Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Hajiji, yang juga Ketua Menteri Sabah, di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Sabtu lepas, Hajiji yang juga Pengerusi GRS dilaporkan berkata pemimpin Bersatu Sabah secara sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan parti itu namun kekal di bawah gabungan politik tersebut.

Armizan juga berkata tindakan Hajiji dan kepimpinan BERSATU Sabah dibuat atas dasar GRS yang menyatakan pendirian menyokong Kerajaan Perpaduan namun Bersatu pusat dan Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan untuk tidak menyertai kerajaan tersebut.

“Pada PRU-15 lepas, kita tahu tiada parti atau gabungan berjaya membentuk kerajaan persekutuan secara solo.

“Di peringkat GRS, kita ambil kira keputusan PRU-15 namun keputusan kita tidak sekata dengan BERSATU pusat dan PN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 35 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad