Berita Terkini

3 jam yang lalu: UMNO pecat Khairy, Noh Omar manakala gantung keahlian Hishamuddin, Sharil Sufian selama enam tahun - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: UMNO lantik Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu - Ahmad Maslan 5 jam yang lalu: UMNO pecat Noh Omar dalam pembersihan parti besar-besaran 7 jam yang lalu: AirAsia X mencatat 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022 7 jam yang lalu: Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia

IKUTI KAMI


Masih Ada Mainkan Sentimen Perkauman, Agama - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 7:06AM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, golongan berkenaan kini beralih kepada dominasi bangsa dan agama dalam kerajaan sebagai ‘senjata’, selepas gagal mempengaruhi rakyat dari aspek lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segelintir pihak dilihat masih lagi menjadikan sentimen perkauman dan agama sebagai objek untuk ‘menghentam’ kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, golongan berkenaan kini beralih kepada dominasi bangsa dan agama dalam kerajaan sebagai ‘senjata’, selepas gagal mempengaruhi rakyat dari aspek lain.

Menurut beliau, mereka mendakwa kerajaan kini didominasi oleh wakil bukan Melayu yang tidak beragama Islam.

“Faktanya, Ahli Parlimen Bumiputera Melayu Islam (iaitu) Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjumlah 68 orang.

“Ahli Parlimen Cina (34), Ahli Parlimen India (lapan) dan Ahli Parlimen lain-lain (dua),” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Beliau yang tewas dalam cubaan menawan kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata, fakta itu jelas membuktikan penguasaan Ahli Parlimen berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Kerajaan perpaduan Malaysia jika mengambil kira tiga parti utama (iaitu) PH, BN dan GPS sahaja, Ahli Parlimen Bumiputera Islam adalah yang terbesar iaitu 68 orang,” katanya.

Jelas Asyraf Wajdi, jumlah tersebut tidak termasuk Ahli Parlimen parti lain yang beragama Islam dan turut bernaung di bawah gabungan kerajaan.

“Jika ditambah Ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang turut bergabung dan yang beragama Islam, (ada) WARISAN (tiga) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) tiga orang.

“Maka keseluruhan Ahli Parlimen Bumiputera-Melayu beragama Islam kerajaan perpaduan Malaysia adalah 74 iaitu yang paling tinggi dan majoriti,” tegasnya.

Walaupun sudah lebih seminggu Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah, suara yang menentang pembentukan kerajaan perpaduan masih kedengaran.

Majoriti mengutuk tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengambil pendekatan bergabung dengan PH bagi membentuk kerajaan.

Ia selaras titah Yang di-Pertuan Agong agar kedua-dua gabungan terbabit bekerjasama menubuhkan kerajaan, selepas negara berada dalam situasi Parlimen tergantung apabila tiada gabungan politik berjaya meraih majoriti mudah pada PRU-15.

Cadangan sama dititahkan Agong ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu beliau menghadap baginda, 22 November lalu.

Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun menolak cadangan tersebut. - Getaran, 1 Disember 2022

Sorotan

1

Rafizi Rancang Strategi Bantu Peniaga, Pengusaha Restoran Tangani Kenaikan Kos

2

Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan - MINDEF

3

Adakah 3 Tokoh Penting UMNO Antara Senarai Bakal Dipecat?

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

10 Setiausaha Politik Kepada Menteri Kabinet Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Semasa 13 jam yang lalu

Landasan Bengkok: Perkhidmatan LRT Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek Dihenti Sementara

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Gesa Subjek Peradaban Islam Dikaji, Ditambah Baik

oleh Sofian Baharom

Semasa 16 jam yang lalu

Pengurusan Emosi, Aktiviti Di PPS Antara Tugas JKM Ketika Musim Banjir