web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Undi Percaya Diteruskan, Libatkan Keabsahan Persepsi Politik - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 7:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan pada sidang khas Dewan Rakyat, 19 Disember depan.

Anwar ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, undi tersebut akan tetap berlangsung seperti diputuskan sebelum ini, walaupun ada yang menyifatkan ia sebagai tidak perlu memandangkan Perdana Menteri sudah jelas memperoleh majoriti besar melebihi 140 kerusi.

Menurut beliau, usul tersebut bukan sahaja melibatkan soal keperluan Perlembagaan tetapi juga keabsahan dari segi persepsi politik.

"Benar. Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) menggunakan isu penafsiran Perlembagaan kerana majoriti jelas. 

"Tetapi saya juga berbincang tadi dan pandangan kita bukan sahaja soal keperluan Perlembagaan tetapi saya fikir keabsahan itu juga dari segi persepsi politik. Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Disember," katanya. 

Mohamad Sabu - Gambar oleh Syeda Imran
Mohamad Sabu - Gambar oleh Syeda Imran

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah pemimpin parti komponen PH lain termasuk Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Perdana Menteri menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ramkarpal bahawa tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap Anwar pada sidang Dewan Rakyat, bagi membuktikan keabsahan beliau.

Ramkarpal berkata, ini kerana sudah jelas Perdana Menteri memperoleh majoriti besar melebihi 140 kerusi.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, PH kini diyakini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelas beliau, pengesahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memainkan peranan sebagai pembangkang juga membuktikan tiada keperluan bagi mengusulkan undi percaya tersebut.

Dalam pada itu, ditanya bilakah pengumuman Kabinet baharu akan dibuat, Anwar memberitahu ia akan dilakukan sesegera mungkin.

Beliau yang juga Presiden PKR memberitahu, memandangkan kerajaan perpaduan melibatkan banyak parti, maka beliau perlu mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

Anthony Loke - Gambar oleh Syeda Imran
Anthony Loke - Gambar oleh Syeda Imran

"Kabinet ini prosesnya semua boleh memberi pandangan tetapi mereka serahkan kepada saya untuk membuat keputusan.

"Jadi saya sebelum membuat keputusan, mesti mendengar semua pandangan dan kemudian masalahnya, kerana jumlah Kabinet dikecilkan," katanya.

Anwar menegaskan, beliau tidak sanggup mengikut langkah kerajaan terdahulu yang melantik barisan Kabinet yang besar termasuk jawatan lain seperti duta dan penasihat khas.

"Kalau dahulu, dia masuk sahajalah. 50 (anggota Kabinet)? 60? 70? Okay. Tidak cukup lagi, (lantik) Duta Khas... Tak cukup lagi, (lantik) Penasihat Khas. Saya tidak sanggup buat begitu," ujarnya.

Ditanya berhubung hasil mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, ia antara lain memberi sokongan terhadap beberapa langkah diambil kerajaan termasuk melibatkan kos sara hidup yang akan diberi keutamaan.

"Ketiga, (saya) memberi penjelasan tentang perkembangan semasa terbaru, termasuk dengan kunjungan Sultan Brunei sangat memberi kesan kepada saya. Sultan Brunei seperti kita tahu, datang dengan semangat persahabatan.

Anwar pada mesyuarat berkenaan turut melaporkan perjalanan kerajaan setakat ini selain mendengar pandangan dan cadangan pemimpin yang hadir untuk dipertimbang. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar