web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Terima Kunjungan GRS, Hajiji Zahir Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 6:17PM

Anwar menerima kunjungan hormat GRS di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, pada pertemuan itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

“Hajiji dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya.

“Dan saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Hajiji dilaporkan berkata, pertemuan kira-kira sejam bersama Perdana Menteri berkenaan, bertujuan menyatakan sokongan padu gabungan itu dan kerajaan Sabah kepada kepimpinan Anwar serta kerajaan baharu.

Katanya, Anwar amat menghargai sokongan tersebut.

Ditanya sama ada beliau mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen GRS untuk menyertai barisan Kabinet pada pertemuan itu, Hajiji berkata, perkara terbabit tidak dibincangkan.

GRS terdiri daripada BERSATU Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Jumaat lalu, Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini GRS.

Hajiji turut dilaporkan berkata, sokongan dan penyertaan parti politik di Sabah dalam kerajaan pimpinan Anwar itu, diyakini dapat memastikan kestabilan serta kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan. - Getaran, 27 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar