web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Calon PH DUN Tioman Sedia Beri Laluan Kepada BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 12:07PM

Mohd Fadzli Mohd Ramly - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Mohd Fadzli Mohd Ramly, bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. 

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, dengan mengambil kira situasi politik semasa di peringkat Pusat dan DUN Pahang, namun setakat ini, belum ada sebarang kata putus dibuat.

“Mungkin selepas ini ada perbincangan lanjut tentang perundingan kerusi antara (Parlimen) Padang Serai dan DUN Tioman ini, kerana kita lihat Padang Serai ini merupakan satu kerusi yang penting untuk kita menambah bilangan kita di peringkat Parlimen, namun DUN Tioman juga tidak kurang pentingnya.

“...setakat hari ini saya tidak dimaklumkan apa-apa secara bertulis atau secara arahan khususnya daripada Majlis Presiden terhadap kedudukan kita di sini. Jadi kita akan berkempen seperti biasa,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Fadzli berkata demikian semasa ditanya mengenai ketidakhadiran beliau pada hari penamaan calon DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Khamis, sebaliknya hanya menghantar wakil bagi mencabut undi untuk menentukan kedudukan pada kertas undi.

Ketiadaan Mohd Fadzli menimbulkan spekulasi, kerana PH Pahang memberi sokongan kepada BN negeri untuk membentuk Kerajaan Negeri Pahang, yang kini tergantung selepas keputusan PRU-15 menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan PRU-15 menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 dan lapan kerusi dimenangi PH.

Walaupun bersedia memberi laluan, Mohd Fadzli mahu jaminan daripada calon BN bahawa beliau akan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk DUN Tioman, terutamanya masalah air, tanah dan infrastruktur di situ.

Mohd Fadzli bagaimanapun, mengakui masih belum bertemu Mohd Johari, yang merupakan penyandang kerusi DUN itu, untuk berbincang berhubung perkara itu. 

PRU-15 DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Selain Mohd Fadzli dan Mohd Johari, turut bersaing pada pilihan raya itu ialah calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A.Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan