web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengaruh PAS Dilihat Semakin Berkembang, Tidak Dapat Dinafikan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 7:06AM

Disebabkan akar umbinya yang kukuh sejak beberapa generasi lalu, PAS dapat mengekalkan dan menggiatkan kedudukan parti itu dalam kalangan penduduk bandar, separa bandar serta luar bandar, malah ia berkemungkinan terus berkembang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada masa ini, perkembangan pengaruh PAS sebagai ‘kuasa besar’ dalam landskap politik Malaysia tidak dapat dinafikan, kata seorang ahli akademik dari Institut Pengajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Denison Jayasooria.

Disebabkan akar umbinya yang kukuh sejak beberapa generasi lalu, PAS dapat mengekalkan dan menggiatkan kedudukan parti itu dalam kalangan penduduk bandar, separa bandar serta luar bandar, malah ia berkemungkinan terus berkembang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“PAS mendengar suara di lapangan. Ramai terpengaruh dengan golongan agama, termasuk ibu bapa mereka yang kecewa dengan isu membabitkan beberapa pemimpin politik negara yang sudah lama dipertikaikan,” katanya.

Empat tahun lalu, pada ceramah pasca pilihan raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Denison meramalkan pengaruh PAS tidak boleh dipandang remeh dan mampu menjadi kuasa dominan dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PAS memenangi 18 kerusi Parlimen pada PRU 2018.

Ketika ditanya adakah beliau terkejut dengan kejayaan PAS pada PRU Ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu yang bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN), Denison berkata ‘walaupun kedudukan PKR kukuh di kawasan tertentu, perbezaannya sangat luas berdasarkan keputusan pilihan raya itu kerana parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan ‘berinteraksi’ dengan bakat dan potensi muda’.

“Daripada memenangi 18 kepada 49 (kerusi pada PRU-15), ia adalah kejayaan terbesar dalam sejarah mereka dan mereka akan terus giat berusaha.

“Mereka mempunyai politik identiti dan berasaskan ideologi. PAS dan DAP sangat serupa, didorong oleh keyakinan,” katanya.

Denison berpendapat bahawa PAS harus mempertimbang untuk mengadakan kerjasama nasional, terutama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak - Gambar
Denison berpendapat bahawa PAS harus mempertimbang untuk mengadakan kerjasama nasional, terutama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak - Gambar

Denison membandingkan tsunami politik Islam dengan kejayaan parti Hindutva India, Parti Rakyat India (BJP) lapan tahun lalu.

“PAS juga agak serupa dengan BJP dan bagaimana ia menjadi kuasa yang kuat dengan komuniti majoriti,” katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi penganalisis mengkaji sentimen Islam di lapangan.

“Saya rasa parti politik perlu memahami perubahan segar dan besar dalam kecenderungan politik ini, iaitu trend orang Melayu beralih kepada lebih menyokong PAS dan komponen agamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Denison menyatakan bahawa kedudukan agama PAS ‘mungkin tidak progresif dalam menghormati kepelbagaian’.

“Selain itu, semua parti politik perlu menangani kebimbangan masyarakat setempat, seperti kemiskinan dan ketidaksamaan, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu B40,” katanya.

“Saya rasa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk ‘membina jambatan’ dan menghargai kepelbagaian ke arah menegakkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

“Bagi parti berasaskan ideologi berkenaan boleh diterima di seluruh negara, beliau berkata, PAS harus mempertimbang untuk mengadakan kerjasama nasional, terutama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak.

“Mesti ada usaha mendekati mereka untuk berdialog. Kita perlu memahami perubahan kecenderungan politik dalam kalangan belia dan pengundi kali pertama. Kita tidak boleh lupa bahawa pengundi semakin bijak.

“Walaupun terdapat beberapa segmen yang kurang celik politik, terdapat juga kematangan membabitkan tingkah laku politik dalam kalangan pengundi,” katanya. – The Vibes, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 17 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad