web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Optimis Rampas DUN Tioman Daripada BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 6:56AM

Nor Idayu Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Perikatan Nasional (PN) optimis dapat merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang pengundiannya akan berlangsung pada 7 Disember ini. 

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata Nor Idayu Hashim, 35, Ketua Muslimat parti itu bagi Cawangan Pianggu, adalah calon yang sesuai memandangkan DUN Tioman mempunyai ramai pengundi wanita. 

"Selain itu, gelombang pengundi pada PRU-15 baru-baru ini yang menyaksikan pengundi beralih daripada BN kepada PN sehingga membolehkan kita merampas Parlimen Rompin dan DUN Bukit Ibam masih belum reda.

"Saya percaya ini juga akan diterjemahkan di DUN Tioman dengan gerak kerja jentera parti yang akan membantu sehabis baik untuk memenangkan calon kita," katanya kepada pemberita selepas hadir di Majlis Pengenalan Calon DUN Tioman di Kampung Sepakat di sini malam tadi. 

Beliau berkata pemilihan Nor Idayu, yang berkelulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan, juga bagi memastikan terdapat 'suara wanita' di DUN Pahang. 

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Jika menang, Nor Idayu akan menjadi calon tunggal wanita PN di DUN Pahang memandangkan kesemua 17 wakil rakyat gabungan itu yang menang pada PRU15 adalah lelaki. 

PN Pahang turut meletakkan calon wanita pada PRU15 iaitu Ketua Muslimat PAS Pahang Salamiah Mohd Noor yang berjaya merampas kerusi Parlimen Temerloh daripada Pakatan Harapan (PH). 

Walaupun PN Pahang berjaya memperoleh 17 kerusi DUN, lebih satu kerusi berbanding BN, Rosli berkata ia bukan alasan untuk mereka ‘berasa selesa’ atau mengambil ringan cabaran pihak lawan. 

PRU-15 bagi DUN Tioman ditangguhkan ekoran kematian calon PN iaitu Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Ia sepatutnya menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, penyandangnya daripada BN iaitu Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas). 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon disusuli pengundian awal pada 3 Disember manakala 7 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian. 

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar