Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


UMNO Sokong Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 2:02AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan untuk tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ketetapan dibuat pada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

“MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN.

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong serta mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN bagi memastikan sebuah kerajaan stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya menerusi kenyataan awal pagi ini.

Ahmad Maslan berkata, MKT bersetuju supaya semua wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan bakal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal menerajui (parti) sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO,” katanya.

Ahmad turut memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tahun ini akan diadakan pada 21 hingga 24 Disember depan.

Keputusan PRU-15 pada Sabtu lalu menyaksikan BN tewas teruk apabila hanya memenangi 30 kerusi Parlimen sekali gus menjadi sejarah hitam kepada gabungan itu.

Bagaimanapun, parti itu menjadi ‘kingmaker’ selepas PH dan PN gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk pentadbiran baharu sehingga Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya sebuah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Pada PRU-15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen manakala PN mendapat 73.

Susulan itu, PN dan PH berusaha ‘meraih hati’ BN supaya mereka memiliki kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Isnin lalu, PH diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir ke Hotel Seri Pacific bagi mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN untuk berunding mengenai hasrat pembentukan kerajaan.

Manakala selepas empat hari kemelut Parlimen tergantung berterusan, PN menemui beberapa pemimpin kanan BN yang dipercayai atas tujuan sama. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 14 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

3

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 11 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 14 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam