web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCA, MIC, PBRS Usul Undi Tak Percaya Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 12:44AM

Ahmad Zahid diminta berundur daripada menjadi Pengerusi BN secara terhormat serta-merta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanda tanya mengenai surat tular mendakwa tiga parti komponen Barisan Nasional (BN), mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ‘mengkhianati’ parti itu terjawab.

Perkara berkenaan disahkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Namun, masing-masing enggan mengulas lanjut mengenainya.

Berdasarkan surat itu, usul terbabit dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengenai surat itu yang dikatakan dihantar, susulan tindakan Ahmad Zahid didakwa mengambil pendirian bertentangan keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

“Sebanyak 10 Akuan Bersumpah (SD) dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah ditarik balik setelah keputusan Dewan Tertinggi BN dibuat. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menghantar surat kepada Istana Negara, tengah hari semalam.

“Surat berkenaan menyatakan sokongan 30 Ahli Parlimen BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Ini jelas mengkhianati BN dan pada masa sama telah menyembah maklum keputusan salah kepada Yang di-Pertuan Agong dan dianggap sebagai perbuatan menderhaka kepada Raja," menurut surat terbabit.

Beliau didakwa membuat keputusan secara ‘diam-diam’ untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat itu menetapkan pendirian bahawa BN berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan kerajaan berkenaan.

Surat ditandatangani tiga pemimpin itu antara lain meminta Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut surat itu lagi, perkara terbabit sudah diusulkan Presiden MIC dalam mesyuarat semalam, tetapi terganggu apabila Ahmad Zahid membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai.

Justeru, mereka akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya Pengerusi enggan berundur secara terhormat pada hari ini. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad