web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Menang Pun Susah, Kalah Pun Salah - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:01PM

Bung Moktar hairan apabila BN yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen dilibatkan dalam kemelut pembentukan kerajaan Persekutuan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menang pun susah, kalah pun salah, sindir Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dalam satu ciapan di Twitter hari ini berkata, beliau hairan apabila BN yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen dilibatkan dalam kemelut pembentukan kerajaan Persekutuan.

“Saya pun hairan, BN cuma menang 30 kerusi Parlimen, tiba tiba kami dilibatkan dalam kemelut pembentukan kerajaan. BN menang pun susah BN kalah pun salah, BN diam diam pun rakyat yg marah,” ciapnya.

Dalam ciapan berbeza, Bung Moktar berkata, semua Ahli Parlimen BN diharap bertenang dengan senario politik semasa dan menjangkakan, Perdana Menteri Ke-10 mengangkat sumpah tidak lama lagi.

“MP BN harap bertenang dalam keadaan yang berlaku pada masa ini. Dalam masa terdekat Insya-Allah negara Malaysia akan ada PM ke-10 yang baharu,” katanya.

Hari ini, seramai 30 Ahli Parlimen BN dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk memaklumkan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri Ke-10, bagi membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan.

Bagaimanapun, difahamkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa sesi itu digantikan dengan pertemuan tiga pemimpin tertinggi BN selain beliau sendiri, iaitu Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad