web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU, PAS Perak Nafi Berebut Jawatan MB, ‘Ini Fitnah Besar’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:07AM

Istana Kinta Perak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak menafikan dakwaan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar dengan sekutunya, PAS.

Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) tidak pernah bergaduh soal penentuan kerusi Menteri Besar.

Malah katanya, setiap keputusan sentiasa dibuat secara musyawarah antara parti komponen dalam PN.

“Saya sendiri tidak pernah gilakan jawatan Menteri Besar, malah kami sendiri patuh kepada kepimpinan pusat dalam apa jua yang telah diputuskan.

“Malah pertemuan dengan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari pun Tuanku menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan banyak kerusi kepada saya dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

“Tuanku turut menasihati kami agar menjadi wakil rakyat yang menunjukkan sikap baik tanpa berlaku kekecohan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PN Perak turut menolak dakwaan bahawa mereka akan keluar daripada gabungan PN sekiranya Menteri Besar dilantik dalam kalangan ADUN PAS.

Tegas beliau, dakwaan yang tular itu sememangnya berniat jahat dan disifatkan sebagai cubaan menjatuhkan kredibiliti BERSATU.

“Saya perlu beri penjelasan bahawa tidak ada seorang pun ADUN BERSATU pernah mengeluarkan kenyataan seperti didakwa iaitu jika Menteri Besar daripada PAS, maka kami akan keluar dari PN. Ini satu fitnah besar.

“Dalam perjumpaan di istana, kami telah memaklumkan kepada Tuanku kami hanya mempunyai 26 wakil rakyat sahaja dan kami reda, namun janganlah aibkan kami seperti ini," katanya.

Sebelum ini satu tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsapp tular mendakwa PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar.

Razman dan Zainol Fadzi pada Isnin dititah menghadap Sultan Nazrin menyembah maklum bahawa PN tidak mempunyai majoriti mudah yang boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu.

PN secara rasminya memenangi 26 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan jumlah itu tidak cukup bagi mendapat majoriti mudah, iaitu 30 kerusi.

Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh 24 kerusi manakala BN mempunyai 11 kerusi, yang terdiri daripada 10 kerusi yang dimenangi oleh UMNO dan satu dimenangi oleh MCA.

Bagaimanapun BN dan PH bersetuju mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan di Perak.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas parti itu dan PH bersetuju bekerjasama membentuk kerajaan negeri.

Dalam sidang media selepas Istiadat Mengangkat Sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15, Saarani menafikan penggabungan BN dan PH dalam kerajaan campuran kerana BN terdesak mahukan jawatan tertinggi itu.

Menurut beliau, BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi bukan dominan.

Katanya, bukan BN yang hendak jawatan Menteri Besar, sebaliknya kedudukan itu ditawarkan oleh PH jika bersetuju dengan kerajaan campuran Perak di antara BN dan PH. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad